Saturday, September 22, 2012

Air Asia Buat Hal Lagi

Air Asia Buat Hal Lagi

Bukan hal apa pun. Air Asia sekali lagi buat promosi tiket percuma untuk tarikh-tarikh terpilih jika anda memilih untuk travel dari 1 April 2013 hingga 30 September 2013.

Anda hanya perlu bayar airport tax dan fee sahaja bermula dari RM26 dan ke atas. Tapi untuk booking tiket penerbangan, anda kena buat secara online sehingga 23 September 2012. Esoklah hari terakhir untuk anda book tiket ke destinasi terpilih.

Saya baru sahaja book tiket untuk 4 orang. Harga tiket untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak adalah PERCUMA. Tapi sekarang rasanya dah nak habis dah. Kena rajin cari tarikh cepat-cepat.

Ke mana destinasi kami nanti? Tengok je la update kat blog ni nanti ya. :)

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://facebook.com/noorizamshah


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search