Pertemuan Bermakna Bersama Azizi Ali

Saya anggap ini pertemuan bermakna saya bersama Jutawan Azizi Ali. Beliau merupakan seorang juruterbang, penulis dan penerbit buku melalui syarikatnya iaitu Truewealth.

Antara buku tulisan beliau ialah Jutawan dari Planet Jupiter, Lahirnya Seorang Jutawan, Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan, Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah, Pelaburan Unit Amanah, Senjata Paling Berkuasa, Langsaikan Pinjaman Perumahan Anda Dalam Tempoh 5 Tahun Atau Kurang, Ganda Wang Anda dan banyak lagi.

Pada petang itu, di majis rumah terbuka saudara Zamri Nanyan, usahawan internet Malaysia, saya diperkenalkan secara peribadi dengan saudara Azizi Ali. Seronok dapat berbual dengan antara insan yang saya kagum dengan kejayaan peribadi dan beliau seorang yang peramah dan sudi berkongsi pandangan ikhlas mengenai bagaimana saya boleh pergi jauh lagi di dalam industri perniagaan internet ini.

InsyaAllah, saya akan menggunakan cadangan dan pandangan beliau untuk saya memantapkan lagi usaha saya untuk berjaya di dalam bisnes ini.

Doakan semoga pekerjaan saya ini dipermudahkan Allah.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://www.facebook.com/noorizamshah

Anda mungkin berminat

zamri nanyan

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah