Tuesday, September 11, 2012

Seminar Dan Latihan Pegawai Pemantau SSM

Seminar Dan Latihan Pegawai Pemantau SSM

Hari isnin yang lalu saya telah dijemput oleh Bahagian Pemantau, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membentangkan topik berkaitan Evolusi Perniagaan dan Pemasaran Internet.

Ini merupakan sesi yang kedua selepas sesi pertama berjaya diadakan pada penghujung tahun 2011. Selain syarikat NS Consultation And Management (NSCM) dijemput sebagai wakil perunding perniagaan, turut serta di dalam program ini ialah wakil dari KPDNKK, SKMM dan CyberSecurity Malaysia.

Fokus utama seminar ini ialah bagaimana SSM boleh mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan perniagaan internet disamping fungsi-fungsi agensi berkaitan dalam menangani masalah jenayah siber.

Kepada mereka yang ingin menjemput kami untuk sebarang program berkaitan perniagaan, pemasaran dan keselamatan internet, boleh hubungi kami di talian 016-6407479 atau layari web http://www.noorizamshah.com




Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search