Perjumpaan Terbesar Usahawan Internet Malaysia

14hb Oktober ini saya akan hadir ke perjumpaan terbesar usahawan internet Malaysia di WC2012 Gathering. Dijangkakan Menara Usahawan, Putrajaya akan dipenuhi dengan usahawan-usahawan internet yang hadir dari latar belakang kepakaran berbeza.

Ada usahawan eBook, ada usahawan latihan dan seminar, ada speaker dan jurulatih, ada usahawan produk informasi, pakar eBay, pakar affiliate, pakar bisnes percetakan, penulis dan penerbit buku, pereka laman web, pembangun sistem aplikasi, copywriter, pemilik syarikat hosting dan domain, jurubahasa, pembuat kek, penjual pakaian kanak-kanak, pemilik syarikat dropship dan ramai lagi.

Saya amat berbesar hati jika anda juga dapat turut serta ke program tahunan ini. Jangan berasa rendah diri atau malu untuk hadir kerana disini mungkin merupakan titik permulaan hidup anda melangkah sebagai seorang usahawan internet.

Saya percaya, di dalam program terdahulu, ramai peserta yang dulunya bekerja kini sudah pun bergelar usahawan internet sepenuh masa hasil dari sesi networking ini.

Saya alu-alukan buat semua rakan pembaca disini, eBayer Malaysia, blogger atau sesiapa sahaja untuk mengambil peluang menyertai program bermanfaat ini. InsyaAllah ini adalah satu detik permulaan bermakna buat kita semua.


Jumpa anda di WC Gathering 2012!

Noorizam Shah

Anda mungkin berminat

wangcyber

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah