Tuesday, September 4, 2012

Pakar eBay William Sulau Akan Hadir Ke Seminar 30hb September 2012

Pakar eBay William Sulau Akan Hadir Ke Seminar 30hb September 2012

Kepada anda yang menyertai Seminar Dropship Artsnow/CD + eBay pada 30hb September ini, NS Consultation And Management akan membawakan anda seorang pakar eBay yang juga merupakan bekas peserta sesi Personal Coaching (Mastermind) eBay bersama Noorizam Shah.

Jika anda seorang eBayer part time atau full time pasti mengenali nama beliau di Facebook. Beliau merupakan seorang pegawai tentera dan masih lagi berkhidmat di dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) namun begitu ia bukanlah satu halangan buat beliau untuk menghasilkan pendapatan sampingan dengan menjalankan perniagaan di eBay.

Beliau telah membuktikan dengan hanya melakukan kerja secara PART TIME di depan laptop atau komputer, meluangkan beberapa jam, beliau mampu menghasilkan pendapatan mencecah ribuan ringgit setiap bulan.

Nota penting: Jika anda ingin mendapatkan tips-tips berharga dari beliau bagaimana beliau menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan, pastikan anda sertai seminar pada 30hb September ini. Rugi tak belajar dari mereka yang sukses!

Begitu juga dengan saudara Saiful Nizam yang dikenali sebagai sifu rempit eBay, juga masih lagi bekerja makan gaji dan ini bukanlah satu alasan untuk mereka yang bekerja untuk tidak menghasilkan pendapatan kedua mereka.

Di atas kejayaan menganjurkan Seminar Dropship Artsnow + eBay pada 2hb September yang lalu, sekali lagi syarikat saya akan mengadakan seminar untuk batch ke-2 khusus menyentuh topik Artsnow dan Dropship Print On Demand.

Sudah pasti modul seminar kali ini berbeza dengan seminar-seminar terdahulu dan saya pasti mereka yang menyertai seminar ini akan nampak lebih jelas hala tuju mereka dalam membina perniagaan di eBay menggunakan sumber pembekal seperti Artsnow.

Untuk seminar batch ke-2 ini, kami memilih tarikh 30hb September 2012 sebagai tarikh sesuai untuk anda menjadi kumpulan terawal membina network di dalam PRIVATE GROUP yang kami tubuhkan di facebook. Kami alu-alukan penyertaan dari bekas peserta seminar dan personal coaching musim lalu di dalam program terbaru kami ini.

Mencari ilmu tidak akan habis sehinggalah kita menghembus nafas kita yang terakhir.

Seorang mentor kejayaan saya menulis di facebook, "Bukan semua orang bijak bertindak mencipta peluang atau merebut peluang, biasanya mereka yang bersifat Leader akan nak lead tapi majoriti adalah Follower, tunggu peluang dan yang paling kesian ialah yang sibuk mengkritik peluang yang dicipta oleh orang lain darn mereka adalah "pencuri impian" aka. "dream stealer"

Buat mereka yang ingin merebut peluang dan ingin peluang ini menjadi milik mereka, pastikan anda mendaftar segera di link ini:

http://sertaiseminar.com

Cuba cancel segala appointment anda pada 30hb September 2012 nanti kerana apa yang anda akan belajar di dalam seminar ini bakal mengubah kehidupan anda selepas ini. Beri masa untuk diri anda sendiri. Hanya satu hari sahaja daripada 365 hari yang ada dalam setahun. Selepas tu anda nak buat appointment selepas itu buatlah.

Yang jauh kata dari Klang susah nak datang, yang jauh kata dari Ampang susah nak datang... program saya sebelum ini, yang lebih jauh dari anda pun sanggup datang. Ada yang memandu dari Pahang, ada yang datang naik bas dari Kedah, ada yang datang naik kapal terbang dari Sabah.

Mencipta alasan bukanlah penyelesaian untuk mencipta kejayaan. Lebih lama kita bertangguh, lebih lama kita akan mendapat keputusan.

Kepada yang telah mendaftar terima kasih diucapkan. Saya akan menghubungi anda semula dari masa ke semasa untuk maklumat terkini persiapan program ini.

Pastikan anda like Facebook Fan Page program ini di http://facebook.com/sertaiseminar.

Doa saya, semoga anda kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
 

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search