Minggu Yang Padat


Sepanjang minggu ini banyak program yang sudah diaturkan untuk saya. Semalam saya meluangkan masa mendalami ilmu teknik pemasaran melalui Pinterest. Melalui pemerhatian saya, Pinterest ini amat bersesuaian untuk mereka yang memiliki e-commerce sendiri memasarkan produk disana.

Dari eksperimen yang saya buat untuk mempromosi produk Clickbank, masih belum membuahkan hasil. Saya ada jumpa Wordpress Themes yang boleh membantu mereka yang ingin mendapatkan traffik menggunakan Pinterest.

Semalam juga sempat daftar satu akaun Amazon Associates Program. Jika ada masa, saya nak eksperimen Amazon di Pinterest pula. Diharap ada hasilnya nanti. :)

Pagi ini pula saya telah menghadiri mesyuarat dengan sebuah syarikat yang mempromosikan iklan kenegaraan di Sungai Buloh. Syarikat ini berminat untuk melantik NS Consultation And Management (NSCM) sebagai perunding pengurusan dan perniagaan. Jika tidak ada sebarang halangan perlaksaan projek ini akan berjalan dalam beberapa bulan dari sekarang.

NSCM juga dalam proses menjalankan beberapa projek berkaitan seminar dan latihan membabitkan beberapa agensi dan insyaAllah jika projek ini berjaya, ia dapat membantu NSCM ke tahap yang lebih baik.

Esok, saya mewakili NSCM akan ke UiTM, Negeri Sembilan untuk menyampaikan ceramah perniagaan internet kepada penuntut-penuntut IPTA di sana. Slot saya esok akan bermula pada jam 2.00 petang hingga 3.00 petang. Selain saya, turut dijemput untuk menyampaikan ceramah ialah Pengarah Urusan, Les Copaque (Upin Ipin) dan Abang Abu (MekanikWang).

Kepada anda yang mendaftar ke Seminar Dropship Artsnow + eBay, 30hb September 2012 ini, jangan lupa datang awal. Sila bawa laptop dan broadband. Ada banyak yang ingin saya kongsikan kepada anda nanti.



Untuk mereka yang mendaftar ke program Sertai Seminar selepas ini, harga yuran penyertaan telah pun dinaikkan. Dan ia akan dinaikkan dari masa ke semasa. Jadi jangan tunggu sampai yuran penyertaan dinaikkan lagi, baru anda tergesa-gesa membuat pendaftaran.

Layari web http://sertaiseminar.com sekarang!





Anda mungkin berminat

seminar

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah