Friday, September 28, 2012

Siapakah Mereka Yang Memberi Inspirasi Kepada Anda?

Siapakah Mereka Yang Memberi Inspirasi Kepada Anda?



Setiap orang ada sumber inspirasi. Masing-masing ada yang menggemari atau ingin mencontohi akhlak, minda, usaha mereka yang telah pun berjaya.

Orang-orang kaya juga mempunyai sumber inspirasi kejayaan mereka. Mereka menjadikan orang-orang yang lebih kaya dari mereka sebagai salah satu pembakar semangat untuk mencipta kejayaan dan kekayaan.

Saya juga ada ramai insan yang saya jadikan sebagai sumber inspirasi kejayaan dan kekayaan. Sewaktu saya mula menceburkan diri dalam perniagaan internet ini, antara insan awal yang banyak memberi inspirasi kepada saya ialah saudara Irfan Khairi. Walaupun tidak pernah bersua muka bersamanya dan hanya membaca buku tulisannya ketika itu, saya pasti tanpa dorongan dan suntikan semangat dari beliau, saya pasti, saya tidak akan bertahan sehingga sekarang.

Antara insan yang memberi impak besar kepada bagaimana cara saya berfikir mengenai perniagaan ini ialah mentor kekayaan dan kejayaan nombor satu di Malaysia iaitu, saudara Azizan Osman. Beliau adalah insan yang memberi kesan mendalam kepada motivasi saya,cara berfikir untuk berjaya dan menjadi kaya.

Walaupun ramai di luar sana yang mengkritik insan-insan di atas ini, saya percaya lebih besar majoriti yang menyokong usaha apa yang dilakukan oleh insan yang banyak membantu orang lain mengubah kehidupan mereka kepada tahap yang lebih baik.

Setiap orang memiliki pengalaman dan melalui zaman kesusahan, kepayahan dan keperitan. Jatuh dalam perniagaan. Perniagaan yang dibina gagal. Saya juga melalui proses itu. Sebenarnya kegagalan itu mengajar kita erti mencipta kejayaan. Alhamdulillah, hasil ilmu dari ramai insan-insan disekeliling yang sentiasa berfikiran positif dan saling menyokong, saya masih mampu bertahan dan bertapak di dalam industri perniagaan internet ini.

Jika anda baru bermula, carilah mereka yang boleh membimbing anda dan membantu anda mengubah cara berfikir kepada yang lebih positif. Elakkan bergaul atau masuk dalam komuniti yang suka berfikir negatif. Jauhkan diri daripada mereka yang suka memperkecil-kecilkan usaha orang lain, memburuk-burukkan orang lain, mempersenda usaha yang dibuat oleh orang lain.

Cara terbaik adalah berdiam diri daripada berkata-kata perkara yang tidak berfaedah kerana dikhuatiri mendekatkan diri kepada bencana fitnah.

-----------------------------
Berminat menjadi kawan saya?
Klik like Facebook Fan Page ini,
http://facebook.com/noorizamshah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search