Wednesday, April 25, 2012

GuangZhou Business Trip Jun 2013

GuangZhou Business Trip Jun 2013


Kali ini saya merancang untuk adakan bisnes trip ke GuangZhou + Sesi Mastermind, insyaAllah program ini saya rancang ia akan dijalankan pada bulan Januari JUN 2013.

Sebelum ini ramai yang sedia maklum, saya pernah adakan trip ke Guangzhou dan alhamdulillah ia dapat membuka minda ramai orang mengenai potensi dan peluang perniagaan samada di sana ataupun dibawa balik ke Malaysia.

Guangzhou merupakan antara lubuk pembekal, pemborong dan pengilang. Anda boleh mencari bermacam-macam produk yang belum lagi berada di pasaran Malaysia dan ia memang berpotensi untuk dipasarkan di Malaysia.

Sebagai contoh, ketika fenomena produk Angry Bird belum melanda Malaysia, negara China begitu agresif menghasilkan produk-produk ini. Anda boleh memperolehi beg, pakaian, kasut, cermin mata, permainan kanak-kanak dan bermacam-macam produk lagi yang bertemakan Angry Bird.

Dan hari ini, produk itu telah melambak dipasaran Malaysia.

Kepada anda yang merancang untuk ke Guangzhou dan ingin mencari sesuatu peluang atau produk dan ingin menyertainya secara berkumpulan, saya alu-alukan penyertaan anda bersama saya, insyaAllah jika cukup korum, kita pergi dalam kumpulan kecil. Had untuk satu kumpulan hanya 10-20 orang sahaja.

Yang nak tau lebih lanjut mengenai program ini, boleh la hubungi saya di emel nsconsultation [at] gmail [dot] com. Hantar pertanyaan ini dengan mengisi tajuk "Bisnes trip ke GuangZhou JUN 2013".

Saya akan beri butirannya ke emel anda dengan kadar segera apa yang perlu anda buat, berapa bayarannya, berapa hari trip, tarikh tutup penyertaan dan perkara berkaitan.

Noorizam Shah
Like Fanpage saya di http://fb.com/noorizamshah






Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search