Wednesday, April 4, 2012

Perniagaan Internet Masa Kini

Perniagaan Internet Masa Kini

Ramai yang sudah mula menerima konsep menjalankan perniagaan internet di Malaysia. Antara medium pemasaran yang popular diguna oleh pengguna internet ialah facebook.

Mereka menggunakan facebook untuk memasarkan produk fizikal, digital dan servis. Hari ini bermacam-macam jenis perniagaan internet yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Lihat sahaja betapa banyaknya penjual yang menjual produk seperti tudung, pakaian muslimah, digital Al-Quran, kismis doa, Monavie, emas dan silver, ebook, video tutorial, aksesori kereta, prepaid topup, cupcake, kek coklat, ubat kuat lelaki, maskara, sugar glidder, seminar, personal coaching, photografi, copywriting, design web dan sebagainya.

Namun masih ramai lagi yang tidak menjalankan sebarang perniagaan internet. Setiap hari mereka menghabiskan masa berbual kosong, mengkritik, bergossip tanpa ada sebab kukuh. Mereka ini tidak sedar bahawa jika mereka menggunakan masa mereka sebaik mungkin, mereka boleh menjana sesuatu yang baik.

Kan lebih baik jika mereka dapat menambah nilai hidup mereka daripada membuang masa begitu sahaja.

Jika ada orang lain suka membuang masa, pedulikan mereka. Sekarang ini yang penting adalah diri anda. Anda yang membaca artikel ini harus berubah mulai sekarang!

Namun, untuk memastikan kita menjalankan perniagaan internet yang betul, anda perlu memiliki ilmu. Dalami ilmu ini sebaiknya. Jangan main redah je. Ini tak, sampai perlaburan haram pun dikatakan perniagaan internet. Owh. hati-hatinya. Jangan sampai terjebak dengan skim merapu, skim cepat kaya atau perniagaan yang boleh membinasakan anda. Contoh? Jadi keldai dadah tu kan perniagaan yang membinasakan. Kannnn?

Anda perlu tahu apakah jenis perniagaan yang anda ingin buat. Jika belum ada perancangan, anda kena senaraikan idea anda mulai sekarang. Senaraikan ia di atas kertas. Jangan fikir sahaja tetapi tak catit langsung idea-idea ini.

Boleh jadi, idea yang terlintas difikiran kita itu adalah model bisnes yang berpotensi jauh untuk membawa kita kepada kejayaan.

Apabila anda sudah ada idea, terus rancang dan realisasikan idea ini. Ada seorang mentor jutawan ini berkongsi kisah bagaimana beliau mendapat idea perniagaan ini dan kemudian melakukannya. Hasilnya beliau telah menjana pendapatan berpuluh juta ringgit dalam masa beberapa bulan sahaja. Serius! Cerita beliau memang memberi inspirasi buat saya.

Ceritanya seperti ini,

Beliau memang pun telah menjadi jutawan pada usia awal 30 tahun tetapi ada yang tidak kena kepada banyak bisnes beliau dimana bisnes tu tidak menjadi. Sampai satu ketika, duit simpanannya tinggal beberapa puluh ribu ringgit sahaja.

Suatu hari selepas beliau menghadir satu seminar perniagaan, beliau mendapat idea untuk menjual satu produk tetapi produk tu belum lagi dihasilkan. Hah?

Ya! Beliau telah mula melakukan pemasaran dan telah menerima tempahan yang cukup banyak. Beliau tidak sangka, idea yang dicipta ini mendapat permintaan tinggi dari pengguna dan selepas sebulan, produk yang direka berjaya disiapkan, beliau mula menghantar produk-produk itu kepada pelanggan.

Saya tidak mahu menyebut nama jutawan ini dan apakah produk yang dia jual. Yang pasti produknya halal. Hari ini beliau bukan setakat bergelar jutawan tetapi multi-jutawan muslim.

Jadi jangan buang masa buat perkara yang tidak berfaedah. Apabila anda sudah mula menggunakan teknologi internet, pastikan anda mendapat sesuatu yang boleh menambah nilai hidup anda.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
FB Fanpage: http://www.facebook.com/noorizamshah
web company: http://www.noorizamshah.com

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search