Thursday, April 12, 2012

eBook Nuffnang Edisi Percuma

eBook Nuffnang Edisi Percuma



Dah bertahun saya menulis laporan percuma mengenai Nuffnang ini, namun sehingga kini masih ada yang emel saya bertanya mengenai kaedah sebenar jana pendapatan dengan Nuffnang.

Untuk pengetahuan semua, saya sudah lama tak pasang kod iklan Nuffnang di blog, sejak blog yang menggunakan plaform wordpress menghadapi masalah server shutdown.

Jadi disebabkan masalah itu, status Glitterati telah ditarik balik. Sekarang status akaun Nuffnang saya adalah sebagai ahli biasa.

Untuk memastikan saya layak mendapat status Glitterati ini, saya perlu yakinkan Nuffnang dengan membawa masuk traffik seberapa banyak ke blog, membina unik klik bukan sekadar impression dan sudah semestinya saya perlu patuh dengan tidak memasang iklan pesaing mereka.

Jika anda melihat iklan-iklan Nuffnang ini, ia sebenarnya bukan sekadar iklan biasa-biasa. Iklan yang keluar ini semuanya dari syarikat-syarikat besar yang mempunyai dana yang cukup besar dalam pengiklanan. Sebagai contoh iklan terbaru di Nuffnang ialah Jacobs iaitu produk biskut.

Jika anda pernah makan biskut jenama ini dan anda merupakan pengguna produk makanan ini, anda berpeluang untuk merebut hadiah berjumlah RM30,000 tunai dengan hanya berkongsi kisah inspirasi mengenai ibu anda. Peraduan yang bakal tamat pada 30hb April 2012 ini membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyertainya.

Berbalik kepada topik laporan percuma Nuffnang,

Kepada anda yang masih lagi mencari laporan percuma yang saya pernah tulis suatu ketika dulu, anda boleh cuba download disini.

Biarpun banyak paparan atau maklumat yang ada sekarang mengalami perubahan, anda masih lagi boleh memahami bagaimana untuk membina pendapatan dengan Nuffnang melalui laporan percuma ini.

Yang belum pernah atau tertanya-tanya bagaimana? Dalam laporan percuma itu ada jawapannya. Anda perlu baca dan jika anda rasa bermanfaat, sebarkan info tersebut. Semoga ia membantu anda.

Jumpa lagi,

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search