Pentingnya Keyword Dalam Menaikkan Jumlah Traffik Blog

Menulis boleh harus bijak. Apa yang anda tulis itu mampu menarik perhatian pengunjung ke blog.

Serius!

Biasanya artikel blog yang kontroversi lebih memberi impak menarik perhatian pembaca. Lebih-lebih lagi jika ia dilaporkan di kaca televisyen.

Dalam kes blog saya ni, beberapa hari ini saya terima jumlah traffik yang banyak hasil dari sebuah iklan di kaca tv. Saya ada menulis produk berkaitan dengan Dermatix dan tak sangka pula ia memberi impak kepada kadar kenaikan traffik di blog ini.

Cuba anda lihat apakah topik paling terkini yang boleh anda postkan di blog ini. Tidak semestinya topik itu berkaitan isu politik atau gossip artis terkini. Anda mungkin boleh menulis info mengenai produk, tempat, alam sekitar atau masyarakat.

Topik-topik ini juga mempunyai daya penarik untuk membantu blog anda mendapat tempat di enjin pencari seperti Google Search.

Salah satu contoh sumber rujukan mengenai trend carian di Google adalah dengan merujuk link http://www.google.com/trends

Anda akan mendapati banyak isu antarabangsa yang sedang panas seperti lahar gunung berapi. Antara laman web lain yang boleh anda buat rujukan dan menulis topik di blog seperti Facebook wall rakan-rakan anda, laman web media elektronik seperti Bharian.com.my, Yahoo.com (trending search) atau reference blog-blog yang kemaskini (update).

Blog ini masih lagi berusaha untuk menambat hati pakcik Google. Untuk itu saya perlu menulis post yang berkualiti dan sentiasa menulis post baru. Jika boleh, google mahu blog yang sentiasa update. Lagi rajin update lagi bagus.

Jadi.. selain menggalakkan pembaca baru masuk ke blog, anda dapat mengekalkan pembaca setia dengan menulis secara konsisten.

Saya suka menulis blog. Mungkin blog ini lebih banyak pasal perniagaan (sesetengah orang berat menerima idea ini, sesetengah pula rasa boring pasal topik ini) tetapi saya yakin dengan perkongsian seperti ini saya dapat mendidik dan membuka lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu perkongsian seperti ini.

Betul tak?

Lagi pun, dengan menulis blog ini, saya dapat mengasah gaya penulisan dan mengajak otak saya untuk berfikir dan keluarkan semua idea menulis di dalam blog.

Satu lagi keyword yang membantu blog ini mendapat traffik ialah topik berkaitan VGMC. Saya pernah menulis artikel berkenaan sebelum ini dan siapa sangka, topik seperti ini juga sebenarnya membantu saya. Jadi tidak salah jika saya ambil kesempatan menulis artikel sedemikian bagi tujuan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Kannnnnn...

Topik mengenai pelaburan emas pun sebenarnya antara topik yang dicari ramai pengguna internet. Mereka nak tahu baik buruk pelaburan ini. Samada ia VGMC atau tidak, keyword pelaburan emas memang antara katakunci yang membantu blog anda mendapat traffik secara konsisten.

Saya mahu anda berfikir dan belajar sesuatu hasil dari perkongsian ini. Bukan sekadar membaca sahaja tetapi saya nak anda juga berfikir sesuatu.

Siapa yang belajar sesuatu hari ini? Angkat hidung. Hahaha.

Cakap dengan diri anda, "Saya kaya dan berjaya".


Gambar kredit kepada: techideaz.com

Ok mengenai katakunci atau keyword ini ia memang ada kaitan dengan SEO. Jadi jika anda ingin mendalami ilmu keyword dan SEO ini, anda boleh pelajarinya dengan banyakkan membaca maklumat samada anda perolehinya secara percuma di internet, membeli dan membaca ebook/buku, menonton DVD Panduan Search Engine Optimization (SEO) atau pun menghadiri seminar yang diadakan.

Semoga info ini membantu penulis blog membina traffik semulajadi tanpa perlu bekerja keras lagi.

Adakah anda belajar sesuatu hari ini?

Says, "I am great blogger!"

Noorizam Shah
fb.com/noorizamshah

Anda mungkin berminat

traffik blog

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah