Sunday, April 8, 2012

[Tips eBay]: Open An Unpaid Item Case

[Tips eBay]: Open An Unpaid Item Case


Di eBay, anda boleh melakukan aktiviti menjual dan membeli dengan mudah. Jika anda seorang penjual, apabila produk anda terjual, eBay akan hantar satu notifikasi ke emel anda (jika anda aktifkan fungsi ini) dan memaklumkan bahawa produk anda itu telah pun terjual.

Tindakan anda yang seterusnya ialah menghantar invoice kepada pelanggan menggunakan fungsi yang terdapat di dalam akaun anda. Pembeli yang menerima invoice ini perlu membuat pembayaran dalam tempoh 14 hari.

Dan secara paktisnya, kita menggalakkan pembeli membuat bayaran seberapa segera sebaik sahaja mereka menerima invoice dari penjual. Cara terbaik adalah anda hubungi mereka melalui ruangan contact buyer atau pun menulis arahan pembayaran di ruangan checkout.

Jadi, apa akan berlaku jika pembeli masih lagi tidak membuat bayaran? Andai kata, pembeli masih lagi ignore dengan arahan ini, anda boleh membuat laporan kepada eBay melalui link solve a problem.


Anda boleh pilih arahan samada membatal terus aktiviti transaksi ini atau pun membuat laporan memberitahu pembeli mengingkari arahan untuk membuat bayaran.

eBay akan menghantar notis kepada pembeli untuk memberi respond. Jika pembeli masih lagi mengabaikan arahan ini sebanyak 3 kali notis dalam tempoh 7 hari, eBay akan mengenakan tindakan "strike" kepada pembeli dan jika pembeli melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali, akaun pembeli boleh digantung (suspend).

Nota: pastikan anda open case dalam tempoh 32 hari, jika tidak, anda tak boleh nak claim final value fee tu. Faham?

Kepada penjual, eBay akan pulangkan "final value fee" atau pun jika pembeli membuat bayaran, penjual dapat terima bayaran dan aktiviti jual beli diteruskan sehinggakan pembeli mendapat produk mereka.

Diharap anda dapat belajar sesuatu hari ini. Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Jom ramaikan fanpage dengan klik LIKE - http://www.facebook.com/noorizamshah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search