Sedikit demi sedikit lama-lama naik di atas

(Post ini ditulis melalui smartphone)

Saya suka menulis di blog. Memang saya suka menulis. Sejak dari kecil saya cukup suka menulis. Sama ada menulis sesuatu yang merapu atau menulis sesuatu yang ilmiah.

Biarpun ada yang beranggapan penulisan saya tidak sehebat penulis tersohor lain, jiwa saya tetap mahu jari jemari ini menaip sesuatu.

Jika dulu saya ada blog wordpress, kerap juga saya menulis. Sehingga saya berjaya membina jenama NoorizamShah.com sedikit waktu lalu.

Kini blog noorizamshah.com diganti dengan blog noorizamshah.net. Biarpun akhiran domain berbeza, penulisnya tetap sama.

Saya percaya dengan menulis sesuatu, saya dapat berkongsi perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada sesiapa yang membaca. Setidak-tidaknya, ia boleh menjadi khazanah rujukan untuk orang lain.

Yang baik itu semua dari Allah, saya hanya menulis atas izin Allah. Mana yang kurang itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Saya sentiasa mengikut perkembangan kedudukan blog ini di enjin pencari Google. Memandangkan saya perlu mengangkat blog ini ke kedudukan seperti dahulu, jadi pasti mengambil masa..

Namun saya gembira apabila melihat kedudukan di enjin pencari semakin positif. Blog ini mula mendaki carta kedudukan sedikit demi sedikit. Anda boleh cuba ke Google search engine dan taip keyword Noorizam Shah.

Jadi untuk pastikan blog Noorizam Shah berada dikedudukannya, saya perlu mengambil hati Google search engine untuk terus melonjak keyword ini di laman utama carian.

Inilah cabaran bagi pengguna blog dari blogger.com kerana mereka perlu berusaha tanpa bergantung kepada plugin bantuan seperti wordpress. Jadi untuk bermain SEO, penulis blog perlu bijak menulis.

Semoga usaha ini terlaksana.

Jumpa lagi,
Noorizam Shah

Anda mungkin berminat

wordpress

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah