Berhati-hati Wanita, Isteri dan Gadis

Bermacam-macam cara untuk orang mengambil kesempatan kepada kita di internet. Jika anda seorang wanita, isteri atau gadis yang menjalankan perniagaan di internet, berhati-hati berurusan dengan pelanggan anda terutamanya lelaki.

Jika anda gadis dan wanita, pastikan anda tidak mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi jika urusan bisnes itu belum lagi 100% selesai. Banyak kes yang melibatkan penipuan daripada lelaki yang ingin mengambil kesempatan anda terutama wang dan maruah diri.

Isteri saya juga menjalankan perniagaan menjual produk secara kecil-kecilan di internet. Sudah hampir 3 tahun beliau melakukan daripada rumah. Sehingga hari ini, beliau mesti akan berhadapan dengan kes seperti ini.

Sebagai contohnya, jika anda menjual produk di Mudah.my, anda akan berurusan dengan komunikasi dua hala samada melalui panggilan telefon atau pun sms. Terdapat sesetengah individu terutama lelaki hidung belang akan mula mengirimkan sms yang pada awalnya nampak seperti ingin membeli produk, tetapi semakin lama anda akan diminta memberikan beberapa maklumat peribadi seperti BB Pin (BBM).

Jika sampai ke tahap ini, berhati-hati, dikhuatiri anda akan terus diganggu oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik kepada anda dan keluarga anda.

Jadi, kepada anda yang bergelar wanita, gadis atau isteri, jaga diri anda baik-baik. Berhati-hati ketika melakukan urusan di internet. Jika melibatkan jual beli melalui pertemuan (pick up), pastikan anda membawa teman, bertemu dikhalayak ramai, jangan melakukan urusan secara tergesa-gesa. Lihat dan perhatikan betul-betul siapa pelanggan anda.

Jika ada sesuatu yang tidak kena, buat laporan polis segera.

Semoga info ini membantu anda.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Anda mungkin berminat

perniagaan internet

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah