Kita Yakin, InsyaAllah Kita Berjaya



Kejayaan bermaksud banyak perkara yang hebat dan positif terjadi dalam diri seseorang individu. Selain menjana kepuasan, kejayaan juga membolehkan seseorang memperoleh kemewahan peribadi seperti rumah yang cantik, percutian, barangan baru, keselamatan kewangan, menyediakan segala kebaikan yang diperlukan oleh anak-anak dan sebagainya.

Kejayaan yang menimbulkan rasa hormat orang lain terhadap kita. Oleh yang demikian, kita juga beroleh kepercayaan bagi memimpin dalam arena perniagaan dan sosial. Kejayaan juga bermaksud kebebasan, iaitu bebas daripada kegagalan dan perasaan negatif, seperti bimbang, takut dan kecewa jika apa yang kita buat tidak menjadi. Disamping itu juga, rasa hormat diri meningkat, dan hal ini mendatangkan kepuasan serta kegembiraan yang lebih bermakna.

Dengan kejayaan juga, kita dapat melakukan lebih banyak perkara bagi orang yang bergantung kepada kita. Kejayaan adalah kemenangan.

Saya harap anda dapat AMBIL PERHATIAN apa yang saya kongsikan disini. Jangan abaikan langsung apa juga perkongsian saya ini kerana setiap tindakan yang anda buat itu akan memberi impak yang hebat jika anda melakukannya dengan cara yang betul.

Anda mungkin berminat

motivasi

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah