Mengapa Namanya Malaysia Internet Millionaires?

Saya sudah banyak menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah perniagaan internet dari badan kerajaan, semi-kerajaan, NGO dan IPT.

Ini kali pertama saya akan dijemput untuk menyampaikan ceramah perniagaan dibawah program keusahawanan yang dikenali sebagai Malaysia Internet Millionaires (MIM).

Apabila menyebut perkataan Millionaires atau jutawan, saya sedikit gementar dan gerun. Kenapa? Bagi saya, status jutawan itu belum lagi layak buat saya.

Ini kerana, pendapatan tahunan saya baru mencecah 6 angka. Belum lagi level 7 angka. Biarpun 6 tahun dulu saya bercita-cita untuk memiliki pendapatan 7 angka setahun, saya masih lagi memerlukan beberapa tahun lagi untuk mencapai sasaran ini. Doakan saya.

Sebagai seorang penceramah jemputan pada hari 25hb Februari ini, pihak Persatuan Usahawan Internet Malaysia telah memaklumkan lebih awal rancangan dan matlamat program ini. Bagus juga program ini dibawah tajuk sedemikian. Lagi, kenapa?

Jika anda membaca buku "The Magic Of Thinking Big" oleh David J.Schwartz, Ph.D, beliau mengajar pembaca untuk berfikir dan berjiwa besar. Biarpun hakikatnya kita masih lagi tidak bergelar jutawan, tidak salah kita berfikir seperti seorang jutawan!

Melalui program Malaysia Internet Millionaires ini, ia dapat memberi galakan dan semangat kepada masyarakat kita terutamanya orang Melayu untuk meningkatkan taraf ekonomi.

Jika kita melihat kepada kedudukan individu terkaya di Malaysia, peratusan kedudukan orang Melayu masih lagi kecil.

Dengan adanya program ini, ia dapat memberi cabaran kepada mereka yang menjalankan perniagaan di internet untuk mencipta pendapatan ke arah 7 angka melalui platform-platform perniagaan. Secara tidak langsung ia memberi gambaran keyakinan untuk meningkatkan pendapatan sedia ada ke arah pendapatan yang lebih besar.

Sebab itulah jika anda mampu membuka minda, memberi galakan dan sokongan kepada anda dan masyarakat, perkara seperti diatas tidak akan jadi sesuatu yang mustahil.

Saya pernah menghadiri beberapa seminar besar dan majoriti peserta yang saya jumpa, mereka bukanlah dari kelompok kumpulan usahawan yang menjalankan perniagaan di internet. Saya tidak pasti kenapa mereka yang menjalankan perniagaan di internet tidak suka hadir ke seminar-seminar besar sedangkan mereka yang menjalankan perniagaan insurans, Multi Level Marketing dan pelaburan yang paling ramai hadir.

Inilah kesilapan kecil yang biasa dilakukan oleh mereka yang bergelar usahawan internet kecil-kecilan. Bagi mereka sudah cukup menjalankan perniagaan, memiliki pelanggan yang ditemui di internet. Tidak perlu bisnes atau meluaskan bisnes melalui networking di seminar-seminar.

Adakah anda nampak hakikat ini? Mereka yang menjalankan perniagaan offline bersungguh-sungguh untuk tahu perniagaan di internet, tetapi mereka yang menjalankan perniagaan online tidak begitu menyokong usaha seperti apa yang diusahakan Persatuan Usahawan Internet Malaysia.

Jika anda pernah mengikuti WangCyber Gathering tahun lepas, anda akan pasti tahu kenapa kali ini PUIM memilih tajuk Malaysia Internet Millionaires.

Bagi mengajak kita semua untuk berfikiran besar, seminar MIM akan memimpin kita bagaimana untuk meletakkan diri kita dengan suasana jutawan dan meningkatkan getaran jutawan. Kita tidak dihadkan untuk berfikiran setakat menjana pendapatan 4 angka, 5 angka dan 6 angka sahaja.

Hari ini jika kita tengok di internet, semakin ramai yang sudah menjana pendapatan 6 angka. Ada yang mencapainya dalam tempoh tak sampai sebulan. Ada ramai juga yang mencatatnya dalam tempoh setahun. Jadi dengan meletakkan matlamat 7 angka, ini merupakan cabaran kepada peserta dan speaker jemputan untuk membuktikan semua ini bukanlah satu perkara yang tidak mampu direalisasikan.

Saya mengenali beberapa orang rakan yang bergelar jutawan. Mereka ini tidak pernah expose diri mereka di internet atau di media dengan membuat pengakuan mereka ini adalah jutawan.

Saya mempunyai rakan yang bergelar jutawan, memiliki beberapa buah aset hartanah dan kediaman tetapi sehingga hari ini masih lagi memakai kereta Perodua Kancil dan memiliki sebuah motosikal kapcai. Adakah anda sedar beliau ini jutawan jika beliau hanya memakai kenderaan biasa sahaja?

Isteri saya mempunyai kenalan yang berumur 30an dan mula menjadi jutawan pada pertengahan umur 20an. Seminggu jualan dalam perniagaan miliknya memberi keuntungan kasar RM2juta. Beliau memiliki kenderaan mewah dan kediaman mewah. Biarpun beliau mempunyai citarasa dan gaya hidup yang mewah, si isteri masih lagi memakai kereta MyVi dan bekerja sebagai kerani. Jika si isteri ini merupakan kawan anda, adakah anda sedar yang beliau ini sebenarnya isteri kepada seorang jutawan muda?

Status jutawan tidak terletak kepada apa yang dia pakai, apa kereta yang mereka guna, bagaimana besar rumah mereka.

Saya sendiri pernah cuba claim abang ipar saya seorang jutawan, tetapi beliau menolaknya. Jika anda melihat kepada perniagaan beliau, gaya hidup beliau, anda sudah pasti akan mengatakan perkara yang sama. Ada juga orang yang sudah layak bergelar jutawan tetapi tidak mahu gelaran itu diberikan kepada mereka.

Mereka ada alasan tersendiri kenapa tidak mahu membawa title jutawan itu. Jika anda tanya saya? Saya juga tidak mahu membawa title jutawan. Biarlah saya seronok-seronok membawa kereta-kereta biasa sahaja, mempunyai kehidupan biasa-biasa sahaja.

Bila saya tanya mereka yang bergelar jutawan senyap ni, apa mereka kata?

Perbezaan antara kejayaan dan kegagalan terletak pada sikap kita terhadap kegagalan, kecacatan, kekecewaan dan segenap cabaran hidup.

Kemudian saya rujuk kepada buku "The Magic Of Thinking Big", di dalam buku ini ada disenaraikan lima cara bagi mengubah kegagalan kepada kejayaan. Antaranya:

1. Kaji kegagalan yang kita alami. Belajar daripada kegagalan itu supaya kita boleh berjaya pada lain kesempatan.

2. Kita perlu berani bersikap kritis terhadap diri sendiri. Kenal pasti kelemahan kita dan ambil langkah-langkah spesifik mengatasinya. Dengan demikian, kita menonjolkan sikap seorang yang profesional.

3. Hentikan tabiat suka menyalahkan nasib. Kaji setiap kegagalan yang kita tempuhi dan kenal pasti punca kegagalan itu.

4. Gabungkan kegigihan dan kesanggupan mencuba perkara-perkara baru. Pastikan kita 'setia' pada matlamat kita tetapi jangan hanya 'setia' pada satu cara atau pendekatan. Kita perlu sanggup mencuba cara-cara dan pendekatan yang baru.

5. Ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kenal pasti hikmah setiap cabaran yang membadai dan luputkan kekecewaan dari ingatan kita.



Sabtu ini, anda harus hadirkan diri ke Malaysia Internet Millionaires.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Anda mungkin berminat

seminar

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah