Kejayaan Dan Pencapaian - Dua Elemen Penting

Dua elemen penting bagi tujuan hidup kita ialah kejayaan dan pencapaian.

Bohong jika hidup ini seorang pun tak mahu melihat dirinya berjaya. Semoga orang inginkan kejayaan. Tidak ada orang yang tidak mengimpikan yang terbaik dalam hidupnya. Jika boleh apabila mereka buka mata dari lena tidur, mereka mahu kehidupan mereka bukan berada di kelas dua, tetapi di kelas satu. Mereka tidak mahu kehidupan ini seolah-olah dipaksa menjalani hidup sebagai individu kelas dua.

Kita diajar untuk bersikap yakin. Apabila kita meletakkan keyakinan dalam diri, mungkin apa yang kita lakukan itu dapat mengubah sesuatu. Boleh jadi mampu mengubah dunia?

Kenapa kita diterap dengan perasaan yakin? Hakikatnya, kehidupan ini kita terdedah kepada perasaan mudah putus semangat, belum lagi bermula dah nak tarik diri. Sebab itu apabila ada yang dah berjuang hampir sehabis mungkin, kemudian patah balik sebab hilang keyakinan.



Pernah atau tidak, hati anda terdetik dan berfikir mahu mengubah sesuatu dalam hidup, kemudian apabila anda suarakan niat anda itu, ada orang akan menidakkan hasrat anda?

Jika anda ingin berjaya, jangan menyuarakan pendapat kepada mereka yang "gagal". Sebenarnya orang yang berfikir bertentangan dengan pendapat anda itu merupakan orang yang keliru antara keyakinan dengan angan-angan.

Jangan jadi seperti angan-angan mat jenin. Dengan hanya berangan-angan, memang mustahil bagi kita memperoleh wang yang cukup untuk memiliki rumah yang besar dan selesa, berlibur di hotel penginapan enam bintang, malah pendapatan 6 angka sebulan dengan kenaikan pangkat berserta ganjaran tidak akan datang bergolek jika anda hanya bermimpi-mimpi sahaja.

Sebaliknya, jika anda bermotivasi dan meletakkan momentum yang tinggi, dengan keyakinan, kejayaan lebih mudah diperoleh. Apabila kita yakin akan berjaya, maka kita pasti berjaya!


Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Anda mungkin berminat

motivasi

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah