Fikirkan Kejayaan

Bagaimana untuk membina kuasa keyakinan dalam diri kita?

Saya bersemangat untuk menulis post ini selepas membaca buku "The Magic of Thiking Big".

Di dalam buku ini penulis berkongsi cara membangunkan kuasa keyakinan dalam diri. Untuk membina keyakinan, kita mesti fikirkan kejayaan. Apabila anda ingin melakukan sesuatu, jangan sekali-kali memikirkan kegagalan.

Lumrah hidup sebagai seorang manusia, kita mesti dihantui dengan perasaan akan gagal. Buku ini memberi pesan kepada pembacanya, di mana jua kita berada, tukarkan pemikiran 'Saya gagal' kepada 'Saya berjaya'. Apabila masalah melanda, fikirlah, 'Saya pasti berjaya' dan bukannya 'Saya mungkin gagal'.

Apabila kita bersaing dengan orang lain, fikirlah, 'Saya setaraf dengan yang terbaik' dan bukannya, 'Dia lebih hebat daripada saya'.

Pada saat peluang menjelma, fikirlah, 'Saya mampu melaksanakannya' dan bukannya, 'Tidak dapat melakukannya'. Penulis sekali lagi memesan, biarkan minda kita dikuasai dengan pemikiran, 'Saya pasti berjaya'.

Pemikiran ini merangsang minda supaya membuat rancangan yang menghasilkan kejayaan. Sebaliknya, pemikiran 'Saya mungkin gagal' membaca kita kepada kegagalan. Pemikiran kegagalan melazimkan minda kita berfikir mengenai kegagalan demi kegagalan.

Jika anda melakukan sesuatu, sentiasa ingat diri anda yang anda lebih hebat daripada yang anda sangka. Kejayaan tidak bersandarkan kepada nasib. Orang yang berjaya adalah orang biasa yang begitu yakin akan dirinya sendiri dan bidang yang diceburinya. Sebenarnya orang yang berjaya bukan wira. Kita tidak memerlukan otak yang bijak bagi menggapai kejayaan. Jadi, jangan sesekali merendah-rendahkan diri kita sendiri.

Apabila anda membaca buku 'The Magic of Thinking Big' anda akan diajak untuk fikirkan yang besar. Saiz kejayaan kita ditentukan oleh saiz keyakinan kita. Apabila matlamatnya kecil, maka hasilnya juga kecil. Apabila matlamat besar, kejayaan juga pasti besar.

Ingat, idea dan rancangan yang besar lazimnya lebih mudah dan sama sahaja cabarannya dengan idea dan rancangan yang kecil.

Jika anda fikirkan yang besar. Mari kita berfikir yang besar.

Jumpa lagi,
Noorizam Shah

Anda mungkin berminat

motivasi

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah