Jangan Terlalu Beralasan

Bila hendak mula? Sekarang juga! Bertangguh itu pencuri masa. Manusia yang gagal adalah manusia yang memiliki sikap yang 'aneh'.

Kenapa aneh? Aneh kerana mereka ini sering meletak alasan. Kita akan mendapati ada perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang berangan-angan kosong.

Orang yang berangan-angan kosong tahu meletak harapan tetapi sering menghalang dengan alasan.

Jika anda lihat mereka yang berjaya di dalam sesuatu bidang, kejayaan yang mereka cipta itu disebabkan mereka mengurangkan untuk beralasan.

Pernah atau tidak anda mendengar cerita ada orang yang mengharapkan bulan jatuh ke riba. Dan anda juga pasti sering melihat mereka yang hidup 'cukup makan' sering memberi alasan.

Alasan itu mudah dicari. Saya tidak pernah bertemu atau mengetahui mengenai usahawan dalam apa jua bidang yang tidak bersembunyi di sebalik pelbagai alasan.

Alasan ini diumpamakan seperti penyakit kronik yang tidak dirawat. Apabila alasan tidak dirawat sebaik-baiknya, penyakit ini pasti semakin teruk membarah.

Apabila mereka sudah memilih alasannya, maka dia kekal dengan alasan itu. Dengan bersikap sebegini, mereka akan bergantung pada alasan itu bagi menjelaskan kepada diri mereka serta orang lain kenapa mereka tidak berjaya.

Lama-kelamaan, keadaan bertambah parah kerana setiap kali mereka menggunakan alasan itu, ia akan semakin menebal dan tertanam di dalam minda bawah sedar mereka.

Jadi, jangan kita mencipta alasan macam-macam. Contoh jika ada seminar yang bermanfaat, anda tahu anda boleh mempelajarinya, cuba korbankan masa seketika demi memastikan apa yang kita rancang terlaksana dan tidak terbatas kerana alasan.

Saya pernah menerima seorang peserta sesi Personal Coaching (Mastermind) eBay di Shah Alam, beliau merupakan seorang wanita yang telag berumahtangga. Beliau sanggup datang dari Sabah menaiki kapal terbang, hadir ke sesi saya seorang diri tanpa ditemani suami.

Beliau bertolak dari Sabah jam 5 pagi, sampai di Shah Alam dan mengikuti sesi saya selama 3 jam, kemudian balik semula ke Sabah.

Jika insan seperti ini berkobar-kobar dan sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang, kenapa tidak anda yang mungkin tinggal tidak jauh dari tempat sesi diadakan.

Buktikan kepada diri anda sekarang. Yakin kepada diri anda sekarang. Sekarang bukanlah waktu untuk mencipta alasan. Mereka yang berjaya tidak akan meletak alasan didepan mereka.

Ayuh!

Noorizam Shah
FB: http://facebook.com/noorizamshah

Anda mungkin berminat

tips kejayaan

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah