Monday, November 21, 2016

Nak Cari Staff Marketing Dulu Atau Staff Sales Dulu?

Nak Cari Staff Marketing Dulu Atau Staff Sales Dulu?



Kalau saya sebagai bisnes owner, yang ada produk sendiri. Saya nak cari staff marketing dulu atau staff sales dulu?

Tanya diri anda. Anda terer kat bahagian mana?

Kemudian, tanya soalan ni semula. Antara marketing dengan sales, yang mana nak kena buat dulu?

Buat sales terus tanpa marketing ke atau buat marketing kemudian baru datangnya sales?

Marketing ni adalah kerja-kerja untuk bagi orang kenal produk kita. Jadi, orang ni nak kerja buat kempen-kempen dan pastikan produk kita dapat dilihat oleh seramai mungkin orang di semua platform.

Kerja-kerja kempen ni banyak. Bukan sikit. Jadi kalau korang rasa kerja-kerja kempen ni korang tak boleh nak buat sendiri, korang boleh la cari orang yang boleh buat kerja ni.

Pilihan samada perlukan staff sepenuh masa bekerja di tempat korang atau pun korang outsource je orang lain yang boleh buat kerja dari mana saja.

Kerjanya adalah buat marketing dan make sure prospek datang kat korang.

Satu hal pulak nak buat sales. Terer mana korang boleh close customer? Berapa ramai yang korang boleh close dalam sehari?

Kalau dengan menambah staff sales boleh memberi banyak duit masuk ke dalam kantung syarikat korang, silakan tambah.

Jika tak mampu nak hire staff dengan gaji sebulan, bolehlah bagi basic dengan komisyen yang munasabah. Make sure staff sales boleh capai KPI jualan harian atau bulanan. Kalau tak capai, buat macam aku ni. Bagi je notis minta dia cari je lah kerja lain. Gaji nak besar tapi nak kerja mudah.

Banyak cantik.

Dah follow instagram saya? Klik www.instagram.com/noorizam



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search