Ini Tips Untuk Anda Fokus Berbisnes Di Rumah Atau Di Mana Sahaja



Ramai orang bila nak buat bisnes, antara masalah yang diaorang alami ialah tak fokus. Bila tak fokus, KPI pun tak dapat dicapai. Sepatut boleh siap on track, sekarang dah lari banyak.

Macam-macam perkara yang buatkan kita hilang fokus. Jika anda sedang membangunkan bisnes, atau anda seorang usahawan yang dah pun menjalankan perniagaan bertahun-tahun, berikut adalah tips yang boleh anda apply:

Senaraikan Perkara Penting Yang Nak Dibuat.
Sekarang dah canggih. Dalam smartphone semua dah ada kalendar dan aplikasi to do list. Kalau tak suka tulis guna smartphone, korang tulis je kat kertas. Terbaik, tulis pada waktu malam dan senaraikan perkara yang nak dibuat pada hari esok.

Esok sebelum mulakan kerja, buka semula senarai yang ditulis. Tengok mana yang nak dibuat dulu.

Buat Perkara Yang Sangat-Sangat Penting Dahulu.
Tengok yang mana priority giler nak kena settle dulu. Cuba selesaikan secepat mungkin. Bila dah settle, delete.

Jangan buka laman media sosial seperti facebook atau instagram.
Benda ni mengkhayalkan. Jangan buka atau lihat apa yang anda suka sangat untuk lihat. Sekali lihat, ia akan mengambil masa berjam-jam sebelum anda tutup ia kembali. Siapkan kerja anda dulu. Selagi tak selesai, jangan tengok!

Set Matlamat Anda Atas Kertas/White Board
Tulis apa yang anda nak capai bulan itu. Contoh, hujung bulan ni saya dah berjaya renew roadtax dan insurans kereta saya. Tulis matlamat-matlamat jangka pendek supaya anda sentiasa fokus untuk berada di dalam track.

Jangan buka email
Ni pun satu hal, kita dok sibuk baca emel promosi atau newsletter dari usahawan-usahawan lain yang pada waktu itu, tidak ada keperluan penting untuk anda baca berbanding anda settlekan kerja anda terlebih dahulu.

Fokus pada bidang anda sahaja.
Jangan mudah terngiur dengan peluang-peluang buat duit di luar sana. Jangan terpesona dengan salesletter memukau mereka sehingga anda terlupa untuk jayakan bisnes yang anda buat sekarang! Sekarang zaman ekonomi mencabar. Jangan buat bisnes sekejap lompat sana sini.

Seminar Perniagaan Yang Tidak Penting
Jangan terlampau excited membakar duit anda untuk sertai bermacam-macam seminar bisnes ataupun  motivasi sedangkan seminar yang lepas pun anda tak habis nak praktik ilmu, dah sibuk nak pergi seminar lain pula.

Sentiasa kira perbelanjaan dan aliran kewangan
Ramai yang lupa bila buat bisnes, asal duit masuk dah kira cukup. Mereka lupa untuk kira berapa kos-kos yang perlu ditolak sebelum untung diambil kira. Jadi ambil perhatian dengan apa juga duit yang keluar masuk.

Kalau tak penting, tak perlu sesi tea tarik bersama kawan-kawan
Berkawan tu boleh. Tapi lihat kita berkawan sebab apa. Bukan tak boleh mengopi dengan kawan-kawan untuk tukar pandangan. Tetapi kalau sampai tahap tiap-tiap malam nak melepak, itu dan buang masa namanya.

Dengar nasihat, tak perlu pergi jauh
Korang google atau tengok je youtube. Ada banyak video yang boleh memberi anda inspirasi dan semangat untuk kekal fokus. Tak semestinya nak bayar yuran seminar untuk naikkan semangat.

Jangan Bercinta
Runtuhnya sebuah negara salah satu sebabnya cinggei! Itu petikan dialog dalam movie Rock Bro. Hahaha. Ya, kalau kau masih muda, elakkan dari bercinta. Kalau bisnes belum lagi kukuh, fokuslah pada membangunkan bisnes.

Pergi Bercuti
Reward diri dengan pergi bercuti. Cuba keluar dari tempat yang biasa kita berada. Dengan melihat tempat dan permandangan luar sana

sasasasa


Anda mungkin berminat

tips bisnes

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah