Idea Ini Mungkin Berkesan Untuk Naikkan Follower Instagram Anda!



Abg Noorizam macam mana nak dapatkan like yang banyak di instagram? Macam mana orang yang bukan artis tu boleh dapat follower yang ramai? Selain guna app atau script tarik follower, ada cara manual yang lain?

Nampak macam biasa kaedah ini. Motif?

Kalau anda memang gilakan follower yang ramai di instagram, anda boleh guna kaedah ini. Mungkin?

Kalau anda ada produk yang anda nak jual, boleh je anda guna salah satu teknik di bawah:

Nombor satu. Follow seberapa ramai yang anda mampu follow dalam sehari. Kalau anda mampu klik follow akaun sebanyak 7500 sehari, korang klik la. Tapi itulah limit maksima korang boleh follow.

Biasanya, bila korang follow akaun seseorang (biasanya yg bukan artis), diorg akan follow korang balik. Tapi tak janjilah 100% orang yang ko follow, akan follow kau balik. Korang boleh guna cara macam ni, tunggu la 2-3 hari kemudian unfollow la balik diorg ni.

Kalau korang up post yang bagus-bagus, inshaAllah follower korang mesti ramai yang lain.

Nombor dua. Cara ni pun boleh menjadi juga. Bila korang tengok pada timeline Instagram tu, cuba korang like gambar-gambar tu. Silap-silap dalam sehari ramai yang dok follow korang. Macam pelik, tapi tu lah yang jadi. Huhuhu.

Nombor tiga. Anda boleh guna cara ni. Promote je barang-barang seller yang ada. Boleh la buat free review dan taglah akaun IG yang korang promote tu. Kalau bernasib baik, orang tu akan tag korang semula. Tapi ada risiko kat follower korang. Diorg boleh unfollow korang kalau post korang banyak dok promote-promote barang je.

Nombor empat. Perasannya ada user IG yang buat perangai pi dok BOOM like gambar-gambar kat instagram. Cara macam ni pun ada yang guna untuk naikkan liker or follower diorg. Korang try la kot berkesan. ;p

Nombor lima. Lagi rajin, kalau korang boleh update instagram korang setiap hari. Fuh ini inshaAllah follower akan suka nak follow korang. Akan ada la yang admire dengan korang sampai bertahun-tahun dok follow.

Nombor enam. Cuba main #hashtag yang simple dan menarik. Try ler.

Nombor tujuh. Kalau korang memang setup akaun IG khusus untuk bisnes. Korang kena tau masa sesuai bila nak up post. Masa menentukan gambar korang keluar tepat pada masa user IG dok sibuk buka instagram masing-masing. Potensi untuk diorg like, komen atau respond korang punya info lagi tinggi bila kena timing.

Nombor lapan. For sure gambar-gambar kalau korang ni promote utk bisnes, mesti cun dan clean. Kalau ada gambar yang pro lagi power. Sebab dari gambar org boleh jatuh cinta. Betul tak?

Jumpa lagi,

Jgn lupa follow instagram saya di www.instagram.com/noorizam






Anda mungkin berminat

tips

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah