Saturday, November 19, 2016

Esok! Preview Seminar Ini Bisnes Bukan Propa

Esok! Preview Seminar Ini Bisnes Bukan Propa


InshaAllah esok, 20hb November 2016, saya akan berkongsi pentas bersama beberapa orang lagi speaker sempena preview Seminar Ini Bisnes Bukan Propa, yang akan diadakan di Dewan Karangkraf, Shah Alam.

Kali terakhir saya bercakap di dalam program public pada awal tahun ini.

Untuk program ini, saya akan buat perkongsian ilmu berkaitan pengalaman saya membina bisnes saya bermula tahun 2008.

Bagi yang mengikuti perkembangan bisnes saya sejak zaman eBay lagi, inshaAllah saya akan kongsikan kepada anda bagaimana saya naik dari tahap ke tahap.

Ini bukan bisnes untuk bermain dengan semangat berniaga atau mencuit emosi anda supaya terus kekal momentum positif.

Tetapi ia lebih kepada perkongsian realistik bisnes yang saya buat. Apakah kesilapan yang telah saya buat sepanjang perjalanan membina syarikat saya.

Tidak ada gula-gula yang ingin ditaburkan kepada anda. Berniaga realitinya bukanlah sesuatu yang mudah. Dan ia tidaklah sukar jika kita tanam dalam diri kita sentiasa nak belajar dan upgrade ilmu.

Takda salahnya kalau kita pergi seminar untuk belajar. Sebab saya sendiri pun  pergi seminar orang lain untuk belajar.

Cuma tanya diri, apa yang kita nak belajar. Apakah perkara yang sangat kritikal dan penting untuk kita selesaikan dalam bisnes kita.

Adakah masalah kewangan? Masalah menghasilkan jualan? Masalah memasarkan produk? Atau masalah berkaitan menguruskan operasi bisnes?

Slot saya pada sebelah petang. Saya diberi masa berkongsi selama 1 jam. InshaAllah saya cuba berkongsi sebaik mungkin.

Jika anda ada esok, jangan lupa tegur saya ok!

www.noorizamshah.com/goto/ibbp



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search