Daya eUsahawan 2016 di KLCC Meraikan TVET Sebagai Penyumbang Ekonomi Negara



Daya Usahawan adalah event tahunan yang menggabungkan mereka yang berpengalaman dari organiasi korporat, badan kerajaan dan sektor swasta.

Program ini diadakan selama 2 hari seperti perkongsian dari tokoh usahawan berjaya bisnes online dan offline, forum dan sesi networking.

Program ini akan bermula pada 08 Nov 2016 dan berakhir pada 09 Nov 2016. Dijangka seramai 3000 orang peserta bakal menghadiri event besar ini di KLCC.

Saya mewakili EMORRA Beauty akan hadir sesi ini esok untuk mengikuti majlis penyampaian hadiah kepada calon-calon pemenang bagi Anugerah Pelajar TVET terbaik usahawan 2016.

Antara peserta yang tercalon untuk anugerah ini merupakan peserta yang mengikuti program eUsahawan di bawah bimbingan kami.

Antara usahawan yang berkongsi pentas di Daya eUsahawan antaranya, Anzalna, Izzue Islam, Fouziah Gous, Shila Hamzah, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Dato' Rizalman Ibrahim, Prof Dr. Muhaya Mohamad, Erma Fatima, Neelofa, Dato' Aliff Syukri dan ramai lagi.

Apa yang peserta akan dapat dalam program ini?

Sure korang akan dapat ilmu-ilmu berguna dari mereka yang dah berjaya ni. Ambil tip-tip penting yang boleh anda gunakan dalam bisnes anda pada masa akan datang.

Hebat peserta TVET hari ini. Kerajaan begitu ambil perhatian yang sangat serius untuk melahirkan lebih ramai pelajar TVET untuk dianggap sebagai usahawan yang berjaya dan menjadi pelapis penyumbang ekonomi terbesar buat negara.

Sebab itu Daya eUsahawan kali ini diadakan di KLCC sebagai menunjukkan betapa seriusnya program ini kepada TVET.

Pada yang tercalon untuk anugerah eusahawan 2016,

Tahniah diucapkan pada yang berjaya dan yang tidak terpilih, inshaAllah cuba lagi pada masa akan datang.

Semoga usaha kecil saya dan team telah pun membantu pelajar-pelajar TVET ini mendapat direction apa yang mereka perlu lakukan untuk bangun bisnes mereka.

P.s: Jangan lupa daftar Seminar Ini Bisnes Bukan Propa di http://www.noorizamshah.com/goto/ibbp



Jumpa lagi,


Anda mungkin berminat

tvet

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah