Wednesday, November 14, 2012

Seminar Dropship Artsnow + eBay Perak 18hb November 2012

Seminar Dropship Artsnow + eBay Perak 18hb November 2012

Selepas sesi Seminar Dropship Artsnow + eBay berjaya diadakan di Shah Alam 11hb November yang lalu, pada hari ahad ini, 18hb November kami akan berada di FairPark Hotel, Ipoh untuk berkongsi rahsia, teknik dan panduan bagaimana untuk menghasilkan jualan dan pendapatan di eBay menggunakan produk Artsnow.

Diakui, rata-rata peserta yang hadir merupakan mereka yang langsung tidak ada pengalaman menjalankan perniagaan eBay malah ada yang baru pertama kali mendengarnya. Namun ia bukanlah satu perkara yang mustahil untuk mereka menghasilkan jualan dan telah terbukti ramai yang berjaya menghasilkan jualan selepas mengikuti seminar yang kami adakan.

Anda boleh rujuk link testimoni ini: sertaiseminar.com/testimoni.php

InsyaAllah setiap peserta akan dibekalkan dengan ilmu yang mantap bagaimana untuk melakukan persediaan sebelum, semasa dan selepas berkecimpung dalam perniagaan di eBay.

Seminar ini amat sesuai untuk mereka yang berfikiran positif, mereka yang sentiasa mahu belajar dan ingin belajar, mereka yang sanggup mendalami ilmu tanpa mengira dimana pun lokasi ini diadakan. Terbukti, seminar kami di Ipoh disertai ramai peserta luar dari Perak. Ada yang datang dari Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Jadi jika anda orang Perak, anda harus sedar, sedangkan orang luar beriya-iya nak datang Ipoh belajar eBay, anda pula masih lagi lena diulit intan, duduk diam tidak berbuat apa-apa. Saya minta maaf jika selepas ni ada yang emel saya tanya, "En. Noorizam, bila nak buat seminar di Perak" dan ketika itu saya tidak lagi adakan seminar di sana.

Seperti rancangan awal, seminar ini adalah khas untuk orang Perak tetapi jika orang Perak tak nak ambil peluang, ini merupakan seminar yang terawal dan terakhir. Dan... jika masih lagi berminat untuk menyertai seminar ini, pastikan anda hadir ke lokasi-lokasi yang disenaraikan di laman web.

Pada 25hb November 2012 ini, kami akan berada di Melaka. Dan untuk kekosongan di Melaka hanya ada 5 kekosongan sahaja lagi. Untuk tempat di Ipoh Perak, hanya tinggal 2 kekosongan sahaja lagi!

Untuk mendaftar, sila layari www.sertaiseminar.com atau hubungi hotline kami di 0166407479 untuk pertanyaan.

Jangan terlepas peluang lagi!

Jumpa anda di sana!
Noorizam Shah


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search