Tuesday, November 27, 2012

Alhamdulillah Saya Masih Lagi Menceburi Bisnes eBay

Alhamdulillah Saya Masih Lagi Menceburi Bisnes eBay

Syukur kerana diberikan tenaga dan ilmu pengetahuan untuk kekal dalam bisnes eBay sejak tahun 2006. Dan sudah tentu rasa syukur ini terus dipanjatkan kepada Allah kerana memberikan saya masa dan tenaga untuk terus berkongsi ilmu perniagaan eBay di email, facebook, blog dan di dalam program SertaiSeminar.com.

Sejak tahun 2011, bidang saya semakin berkembang apabila mula dijemput oleh banyak pihak samada dari kerajaan, swasta dan NGO untuk berkongsi ilmu yang ada didada ini bagi menambah nilai hidup mereka yang memerlukan.


Terima kasih kepada pihak yang mengiktiraf diri saya ini seperti:

- Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Tenaga Nasional
- Universiti Petronas
- Universiti Teknologi MARA
- Kolej Komuniti
- Institut Pembangunan Pengurusan Johor
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
- Universiti Selangor
- Kolej Teknologi Darulnaim
- Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
- Kolej RISDA
- Persatuan Usahawan Internet Malaysia
dan banyak lagi.

Alhamdulillah usaha ini tidak berhenti disitu... baru-baru ini perniagaan dan program yang saya bangunkan iaitu SertaiSeminar.com telah mendapat liputan dari Astro Awani. Bagi saya, usaha ini tidak datang dalam sekelip mata. Saya mengambil masa beberapa tahun untuk sampai ke tahap ini.

Tanpa sokongan dari rakan pembaca blog yang sentiasa follow blog ini (dulu guna platform wordpress, sekarang ke blogspot), rakan-rakan pembaca yang melanggan emel saya sejak tahun 2007 lagi dan juga rakan-rakan baru di Facebook Page (http://www.facebook.com/noorizamshah).

Saya tidak kisah jika tidak popular, yang penting saya dapat terus menyumbang kepada masyarakat Malaysia. Memandaikan anak bangsa dengan perkongsian ilmu bermanfaat.

Sedang ada kawan-kawan yang sealiran dalam industri perniagaan internet mula senyap sunyi dan sepi dari industri, saya memilih untuk terus berada di dalam industri yang saya cintai ini.

Terima kasih sekali lagi dan jumpa lagi.

Noorizam Shah
Update setiap hari hanya di http://www.facebook.com/noorizamshah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search