Tuesday, November 20, 2012

Noorizam Shah SertaiSeminar.com On Air di Astro Awani

Noorizam Shah SertaiSeminar.com On Air di Astro Awani

Alhamdulillah, semalam saya diberi peluang untuk on air di Astro Awani dalam rancangan Bisnes Alternatif membicarakan mengenai teknik dropship Artsnow dalam menghasilkan pendapatan di eBay.

Saya telah dijemput untuk berkongsi apakah program Sertaiseminar.com dan bagaimana program ini mampu membantu ramai orang diluar sana untuk membina pendapatan kedua mereka.

Bagi anda yang terlepas menonton siaran pada jam 11.30 malam tadi, anda boleh menonton siaran ulangan pada jam 12.30 tengahari ini di Astro Awani, 501.

-----------------------------------------------

Sejak malam tadi, saya mula menerima emel, sms, call, dan mesej di Facebook bertanyakan program SertaiSeminar.com ini. Dan untuk makluman, kami baru sahaja membuka penyertaan untuk seminar di Selangor dan Kelantan. Sila rujuk web rasmi di http://sertaiseminar.com atau hubungi kami di 0166407479

Bagi mereka yang ingin menyertai seminar Dropship Artsnow + eBay di Melaka, sila daftar segera kerana masih ada 3 kekosongan lagi. Jangan letakkan alasan seperti jarak lokasi dan masa kerana semua ini bakal menghalang untuk anda mendalami ilmu bermanfaat ini.

Sebentar lagi, saya akan berada di Universiti Selangor (UniSEL) Shah Alam untuk berkongsi ilmu dengan 100 orang peserta. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://www.facebook.com/noorizamshah
http://www.facebook.com/sertaiseminar

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search