Mengapa Perlu Didedahkan Perkara Asas

Terimalah hakikatnya masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk membuat listing di eBay. Bagi mereka yang dah ada pengalaman, pasti rasa kelakar sket bila jumpa video tutorial asas seperti dibawah:


Tapi bagi mereka yang tidak tahu, video seperti ini amat besar maknanya kerana dapat menjawab kemusykilan yang selama ini bermain di dalam kepala mereka. Sebab itulah saya perlu seimbangkan perkongsian di dalam seminar kerana tidak mahu mereka yang zero knowledge ini tertinggal atau terpinga-pinga bagaimana untuk memulakan langkah.

Saya mahu melihat lebih ramai lagi masyarakat Malaysia mendapat panduan yang betul tanpa melakukan banyak kesalahan semasa menjalankan perniagaan di internet dan eBay.

Saya bersyukur kerana majoriti yang mengikuti seminar kami walaupun mereka ini adalah newbie, mereka boleh juga membuat jualan dan pendapatan. Salah satu kunci kejayaan mereka adalah kerana menggunakan formula MESTI. Formula ini perlu bagi mereka yang ingin kejayaan yang konsisten.

Jadi, jangan kita tidakkan usaha mereka yang ingin belajar dan mendalami perniagaan di eBay ini.

Nota tambahan: Bagi mereka yang ingin menyertai seminar Dropship Artsnow + eBay di Kelantan, pastikan anda membuat pendaftaran sekarang di http://sertaiseminar.com

Anda mungkin berminat

seminar kelantan

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah