Coretan Ibu Seorang Pembohong

::: IBU bohong :::
Coretan dari rakan saya melalui whats app yg boleh saya sharekan di sini :

Secebis coretan utk dikongsi.. "Ibu Seorang Pembohong". Seorang ibu dalam hidupnya membuat kebohongan.

1. Saat makan, jika makanan kurang, Ia akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata, "Cepatlah makan, ibu tidak lapar."

2. Waktu makan, dia selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, "ibu tidak suka daging, makanlah nak.."

3. Tengah malam saat dia sedang menjaga anaknya yang sakit, diaa berkata "Berehatlah nak, ibu belum ngantuk lagi.."

4. Saat anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan wang untuk ibu, dia berkata, "Simpanlah untuk keperluanmu nak, ibu masih ada wang."

5. Saat anak dah berjaya, menjemput ibunya untuk tinggal di rumah besar, ibu lantas berkata, "Rumah
tua kita sangat nyaman, ibu tidak terbiasa tinggal dirumahmu."

6. Saat menjelang tua, ibu sakit tenat, anaknya akan menangis, tetapi ibu masih mampu tersenyum sambil berkata, "Jangan menangis, ibu tidak apa apa."

Ini adalah kebohongan terakhir yang ibu buat. Tidak peduli sekaya mana kita, seberapa dewasanya kita, ibu slalu menganggap kita anak kecilnya. Ia selalu mengkhawatirkan diri kita tetapi tidak pernah sedikitpun membiarkan kita mengkhawatirkan dirinya.  Semoga semua anak di dunia ini dapat menghargai setiap kebohongan seorang Ibu, kerana Beliaulah malaikat nyata yang dikirim TUHAN untuk menjaga kita.

Ya Allah memohon padaMU, Muliakan semua IBU yang ada didunia ini, panjangkan Umurnya, sihatkan Jasmani dan Rohaninya, selamatkan beliau Dunia dan Akhirat

AMIN YA RABBAL ALAMINN

Anda mungkin berminat

pembohong

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah