Perkara Penting Yang Kita Dapat Belajar Di Konvensyen Usahawan Internet 2016


30hb September - 2hb Oktober telah pun berlangsung acara tahunan Konvensyen Usahawan Internet eNTERwip 2016 di PWTC.

Program ini telah digerakkan oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia dengan kerjasama GiatMARA dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Saya hanya berpeluang untuk hadir pada hari terakhir itu pun bila ramai usahawan yang saya kenal di facebook dok upload gambar masing-masing.

Macam seperti yang dijangkakan. Program ini rata-rata dihadiri oleh mereka yang bermindset usahawan. Mereka yang datang ada yang baru merancang nak ada bisnes, ada yang dah buat bisnes tapi tak berkembang-kembang dan ada juga tokey-tokey bisnes yang berjaya.

Saya ingat lagi, tahun 2010 adalah tahun yang aktif saya melihatkan diri dengan program anjuran Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM).

Saya pernah berkongsi pentas dengan beberapa Internet Marketer waktu itu seperti Jamal SifuFBads, Ammar Zahar (Jootawan), Muaz Hadi, Gero Azrul, Shuth (x-founder Wangcyber), Adly Mukhtar (Flarebiz), Aqif Azizan dan ramai lagi.



Tahun 2013 saya slow down dari attend program yang melibatkan PUIM dan mula fokus sebaik mungkin untuk bangunkan bisnes saya sehinggalah hari ini.

Tahniah PUIM atas usaha kerja keras menjayakan program ini. Ini boleh dikatakan program yang terbesar pernah digerakkan. Malah begitu ramai guru-guru pemasaran dan bisnes yang berkongsi ilmu sepanjang program ni berlangsung.

Biar pun saya tak dapat nak serta secara keseluruhan talk, kelas dan klinik usahawan tetapi saya percaya rata-rata peserta yang menyertai mendapat banyak input yang berguna untuk dipraktikkan.

Cuma pesan saya kepada peserta-peserta, pastikan anda fokus pada apa yang anda ingin belajar dahulu. Jangan terburu-buru dan ghairah nak belajar semua yang anda dapat dalam sesi itu.

Jika anda tahu Google Adword adalah satu strategi penting membantu menaikkan bisnes anda, maka fokus dan belajarlah ilmu ini sampai anda faham dan boleh apply sendiri.

Jangan hari ni nak buat google, esok nak buat instagram, kemudian dan buat website. Sudahnya semua projek tak terbuat.

Saya juga sempat melawat booth-booth usahawan online yang ada.

Apa yang boleh saya katakan kebanyakan booth, sasaran mereka bukanlah kepada menghasilkan jualan. Tetapi ini dijadikan sebagai ruang dan peluang untuk menambah network dan rakan niaga.

Saya lihat ada booth-booth yang si pempamer tidak excited untuk memperkenalkan produk kepada mereka yang lalu di hadapan mereka. Ada yang duduk termenung. Yang layan handphone tanpa hiraukan pengunjung memerhati booth mereka.

Sayang. Peluang 2 hari tidak dimaksimakan.

Memang diakui ada juga booth-booth yang aktif, dapat tambah rakan niaga dan jual produk. Sebagai pemilik produk atau booth, pastikan kita tau objektif kita.

Jadi jangan kecewa jika anda membayar sewa tapak tetapi tidak mendapat pulangan seperti yang anda bayangkan.

Saya tidak pasti samada organizer dan annoucer ada buat ulang suara memanggil peserta program untuk datang melawat booth-booth usahawan atau tidak.

Malah ada juga peserta-peserta tidak tahu di mana bilik-bilik untuk topik-topik tertentu dijalankan. Sampai speaker sendiri tidak tahu dimana lokasi program mereka sepatutnya.

Apa pun, program telah pun selesai dijalankan. Secara keseluruhan ramai yang berpuashati. Perancangan awal itu sangat penting untuk pastikan program ini berjaya dilaksanakan.

Semoga tahun depan ada ramai usahawan-usahawan baru yang muncul dan sudi naik ke pentas berkongsi ilmu kepada lebih ramai orang.

Jumpa lagi kita di NEXT LEVEL!


Anda mungkin berminat

usahawan internet

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah