Thursday, October 30, 2014

SSM: Papar Maklumat Syarikat Atau Denda RM5000

SSM: Papar Maklumat Syarikat Atau Denda RM5000



Berhati-hati!

Anda mungkin didenda sehingga RM5000 jika tidak memaparkan maklumat perniagaan anda di internet.

Menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mengikut Akta Syarikat 1965 ("AS 1965"), sesebuah perniagaan diwajibkan memaparkan maklumat seperti nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat. Ia tergunapakai bagi mereka yang menjalankan perniagaan di internet di mana jua platform.

Tidak kira samada kita menjalankan perniagaan di facebook, blog, instagram, pinterest, ebay, lelong, minisite, e-commerce atau forum, kini anda termaktub dalam akta syarikat 1965. Gagal memaparkan maklumat, anda bakal dikenakan tindakan.

Nampak macam serius kan?

Itulah, sejak beberapa tahun yang lalu, SSM sudah mula membuat permantauan di internet dan tidak lagi fokus kepada platform tertentu sahaja.

Apa yang menggusarkan perniaga ialah mereka yang menjalankan perniagaan secara sambilan dan kecil-kecilan di internet. Mereka mungkin mempunyai kekangan untuk mendaftarkan syarikat perniagaan memandangkan bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

Ini termasuklah artis atau selebriti yang buat review produk di instagram yang mengenakan bayaran kepada pemilik perniagaan. Mereka juga kena daftar perniagaan jika nak buat bisnes review produk.

Baru-baru ini ada facebook page seorang penjual telah menerima notis dari SSM berkaitan perniagaan yang dijalankan di facebook.

Dari sudut kebaikan mendaftar perniagaan,

Pelanggan akan lebih yakin untuk berurusan dengan mereka yang memiliki syarikat yang berdaftar. Jika jadi apa-apa kita boleh hubungi pihak berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Jadi, anda yang belum ada syarikat berdaftar, saya sangat cadangkan untuk anda mendaftar syarikat. Kos untuk mendaftar syarikat atas nama syarikat persendirian hanya RM70 setahun.

Mana anda lebih sanggup? Bayar setahun RM70, atau didenda RM5000?

Nota: Nampaknya recurring income Suruhanjaya Syarikat Malaysia bakal bertambah setiap tahun. :)

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search