Wednesday, October 29, 2014

Peluang Untuk Anda Buat Duit Dengan Blog

Peluang Untuk Anda Buat Duit Dengan Blog

Blog bagi saya salah satu platform yang berpotensi membantu kita untuk menjana pendapatan secara konsisten.

Dengan blog, kita boleh menggunakan platform ini untuk menjual produk dan perkhidmatan yang kita sediakan sebab kebanyakan blog hari ini mesra enjin pencari.

Sudah menjadi kelaziman pengguna yang nak cari maklumat di internet akan menggunakan enjin pencari. Enjin pencari yang paling popular dan sinonim dengan kita ialah Google. Nak cari apa-apa je, pergilah Google!

Jarang orang sebut Yahoo! atau Bing!

Bila sebut blog, platform percuma yang popular ialah Blogger.com. Anda boleh membina blog percuma ini dengan mengikut arahan langkah demi langkah yang mudah. Blog boleh dijadikan sebagai diari peribadi, ruangan perkongsian ilmiah dan boleh juga dijadikan sebagai kedai online.

Dengan mendalami ilmu blog, kita boleh menggunakan platform ini sebagai salah satu cara kita menjana pendapatan tambahan. Saya mula memiliki blog pada tahun 2006. Saya memiliki beberapa buah blog dari platform yang berbeza seperti blogger.com, blogdrive.com, wordpress.org dan wordpress.com.

Bila dah ada blog, nak kena ada disiplin.

Kita kena selalu update blog. Enjin pencari sangat mesra dengan blog yang sentiasa dikemaskini. Katakunci atau keyword memainkan peranan yang sangat penting untuk mendapat tempat di muka hadapan enjin pencari.

Jika kita menyediakan perkhidmatan sewa kereta, kita perlu peka dan tahu dengan katakunci yang dicari oleh pengguna internet setiap hari, minggu dan bulan.

Dengan menulis artikel yang berkaitan dengan perkhidmatan kita ditambah dengan katakunci yang berpotensi, inshaAllah blog kita mampu mendapat tempat di dalam enjin pencari.

Nota: Untuk memahami keyword yang dicari boleh pengguna internet, kita boleh menggunakan tools dari Keyword Planner Google Adwords.

Susah ke senang nak tulis blog ini?

Bagi anda yang ada ilmu penulisan, boleh jadi tiada masalah untuk menyusun perkataan dan menulis artikel. Saya sendiri kadang-kadang "mental block" juga, sampai tak tau nak tulis apa.

Salah satu cara untuk kita dapat idea menulis ialah membaca maklumat penulisan orang lain. Dari situ kita belajar dari sudut bahasa, gaya menulis dan topik sesuatu artikel itu.

Katakan anda menjual produk kecantikan. Anda boleh menulis pelbagai tips-tips dan panduan bagaimana untuk menjaga kecantikan dalaman dan luaran melalui gaya hidup yang sihat.

Idea atau artikel kita boleh cari di internet, buku dan majalah. Banyak maklumat ini. Sesuaikan dengan produk yang anda ingin jual.

Artikel yang kita tulis dan post di blog akan kekal selagi platform ini wujud dan boleh dicapai oleh pengguna internet. Artikel ini tidak akan mati dari di akses oleh sesiapa sahaja dari seluruh dunia.

Ini terbukti dimana, artikel yang saya tulis dari tahun lepas, sehingga ke hari ini masih lagi di cari oleh pengguna internet. Secara tidak langsung, blog saya sentiasa menerima kehadiran pelawat (traffik).

Asah penulisan kita dengan sentiasa membaca dan menulis. Perlahan-lahan gaya penulisan kita akan bertambah baik.

Saya suka anda memiliki blog sendiri kerana dengan blog kita boleh saling menolak dan menarik traffik dari platform lain. Traffik blog boleh dipindahkan ke facebook, instagram, twitter, pinterest, website, e-commerce dan begitu juga sebaliknya.

Jika kita berniaga di internet, jangan abaikan platform-platform berpotensi ini. Setiap platform ada followernya. Sebagai follower mereka nak tau apa yang kita update setiap hari. Jadi, kenalah update selalu.

Kredibiliti kita akan terbina dengan baik jika kita menulis blog dengan artikel yang memberi manfaat kepada orang lain. Lama-kelamaan, kita akan memiliki traffik, pelawat atau follower yang setiap dan ini membantu kita untuk mendapat manfaat dari segi pendapatan.

Bagaimana kita boleh buat duit dengan blog?

Kita boleh menulis review produk-produk tertentu dengan membuka ruangan advertorial ataupun menyertai program affiliate.

Kita boleh menjadi publisher untuk syarikat pengiklanan online seperti Nuffnang, Google Adsense, Dailymotion, Chitika, SpeedyAds, Simply dan banyak lagi. Hanya pasang kod iklan di blog gadget atau di blog template, ini juga membantu kita menjana pendapatan dengan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh syarikat.

Sebagai pemilik blog anda bebas nak tulis topik apa sekali pun. Anda nak fokus pada perkongsian tertentu atau tidak, itu terpulang kepada anda.

Dalam artikel ini, ada banyak lagi tips dan panduan ingin saya kongsikan dengan anda. Untuk lebih memahami bagaimana anda boleh buat income dengan blog, saya mengalu-alukan anda untuk menyertai bengkel blog yang bakal saya adakan pada 30hb November 2014 di bilik seminar, NS Consultation & Management (NSCM), Putra Heights.

Sesi praktikal ini akan saya umumkan di laman facebook page saya di www.facebook.com/noorizamshah (anda boleh klik like dan follow). Saya akan berkongsi pengalaman saya di dalam sesi ini dan saya pasti jika anda mendalami ilmu ini, untung hasilkan pendapatan dengan blog bukan lagi satu perkara yang sukar dan mustahil.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search