Sunday, July 22, 2012

Projek Untuk Student IPT dan IPTS

Projek Untuk Student IPT dan IPTS

Bulan lepas saya banyak mendapat jemputan ceramah untuk topik perniagaan di internet. Saya telah ke beberapa buah pusat pengajian tinggi tempatan di Pahang, Kelantan dan Perak untuk berkongsi pengalaman saya menjalankan perniagaan di internet sepanjang lebih 5 tahun ini.

Alhamdulillah sambutan yang diterima amat baik sekali dengan kehadiran 200-500 orang peserta untuk setiap tempat. Setiap slot saya hanya diperuntukkan selama 45 minit - 60 minit sahaja. Biarpun masa agak sehingga, saya percaya perkongsian yang dibuat mampu membuka mata dan minda pelajar bahawa hari ini jika nak buat duit atau nak jana pendapatan tak semestinya perlu selepas habis belajar.

Maknanya, ketika kita masih lagi dalam pengajian pun kita boleh melakukan perniagaan. Contohnya sama dengan mereka yang bekerja makan gaji. Bukan bermakna bekerja makan gaji kita tak boleh melakukan kerja sambilan atau menjana pendapatan kedua. Asalkan kita tahu bagaimana untuk membahagikan masa, tenaga dan wang, insyaAllah perniagaan yang kita jalankan itu pasti akan memberi keuntungan.

Semalam saya adakan satu mini seminar atau mini program khas untuk pelajar IPTS di Bandar Baru Bangi. Untuk slot semalam, saya khususkan untuk pelajar dari UNITEN, Pahang. Memandangkan semalam adalah hari pertama puasa, saya jangkakan kehadiran mungkin sekitar 3-5 orang sahaja (sasaran saya seramai 10 orang). Maklumlah, masa ni ramai yang nak balik kampung, berbuka puasa bersama keluarga. Alhamdulillah, yang datang semalam menetapi matlamat dengan kehadiran seramai 11 orang. So, mereka lah calon awal untuk jadi perintis projek ini.

Apa yang saya kongsikan di dalam program ini ialah bagaimana mereka yang masih lagi berada di pusat pengajian tinggi mampu menghasilkan pendapatan melalui projek yang bakal dilaksanakan ini yang saya maklumkan sebagai "Projek Student 5K".

Untuk projek ini, saya telah sediakan pelan tindakan untuk mereka bagaimana dalam tempoh 10 bulan, setiap pelajar mampu menghasilkan pendapatan 5 angka sebulan. Ia bukanlah satu perkara yang mustahil kerana hari ini telah ramai yang membuktikan walaupun mereka masih lagi di dalam pengajian tetapi mampu membina pendapatan tanpa perlu bekerja sepenuh masa.

Soalnya disini, adakah mereka ini benar-benar layak menjadi di antara protege projek student 5k ini? Kita sama-sama nantikan...

P.s: Jangan lupa klik like di page http://fb.com/noorizamshah
P.p.s: Untuk jemputan seminar, ceramah, latihan atau program sila layari http://noorizamshah.com untuk makluman lanjut.
P.p.p.s: Jika anda merupakan pelajar IPT/IPTS, berminat untuk ketahui projek ini, sila hubungi saya secara peribadi di page http://noorizamshah.com/#contact

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search