Ebay: Apa itu Reimbursement

Jika anda baru pertama kali mahu membuat listing di eBay, selalunya kita akan mendapat notis seperti ini (sebelum listing pertama berjaya dilakukan);

You're almost done with your listing. There's just one more thing to do. It looks like you don't have a reimbursement payment method on file with us. Sellers must have a reimbursement payment method on file under our Buyer Protection Policy.


In order to complete your listing, please add your reimbursement payment method now . Once you're done, you'll be able to review and submit your listing.


Note: You can always change your selected reimbursement payment method in My eBay or cancel your reimbursement payment method by contacting us. Learn more about what eBay Buyer Protection means to sellers.
Ada yang bertanya kepada saya macam mana nak setting reimbursement ini? Apa itu reimbursement?

Situasinya seperti ini;

Katakanlah semasa anda menjual produk di laman web eBay dan pembeli telah membuat bayaran kepada anda. Selepas beberapa tempoh, pembeli membuat laporan kepada eBay menyatakan mereka tidak menerima produk yang dibeli atau produk yang diterima berbeza dengan apa yang anda nyatakan semasa anda membuat iklan jualan...dan pembeli mendapati tidak ada jalan penyelesaian antara anda dengan mereka, maka eBay akan meneliti isu ini dengan cuba membuat keputusan untuk kedua belah pihak.

Jika eBay mendapati anda tidak memberi penyelesaian yang baik kepada pembeli, eBay boleh membuat keputusan dengan membayar balik wang kepada pembeli terus dari eBay tetapi eBay akan menolak wang daripada akaun Kredit kad/Debit Kad/Paypal anda (Untuk pengguna Malaysia, eBay akan tolak dari kad kredit atau kad debit).

Reimbursement yang dibuat oleh eBay ini termasuklah harga jualan dan harga kos penghantaran.
 
Apabila anda daftar akaun sebagai penjual, anda akan diminta untuk aktifkan reimbursement ini. Cara untuk aktifkan reimbursement ini ialah;

1. Login ke akaun eBay anda
2. Rujuk pada link Account.
3. Lihat pada maklumat Financial Information diruangan Personal Information Page in My eBay.
4. Anda boleh add atau edit maklumat reimbursement disana. Jika anda kali pertama, ikut arahan sehingga selesai.


Apa akan jadi jika anda abaikan (jika berlaku reimbursement) dan eBay tidak dapat menolak wang dari kad kredit atau kad debit anda?

Selepas notis dihantar melalui emel kepada anda beberapa kali dan anda masih lagi mengabaikannya, eBay berhak untuk suspend akaun anda sehinggalah anda selesai membuat bayaran kepada eBay.

Diharap perkongsian mengenai reimbursement ini memberi manfaat kepada anda. Jumpa lagi.

Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah (klik like page ini)


-----------------------------------------------------------------------------
Sertai Seminar Dropship Artsnow + eBay pada 2hb September 2012 ini.
Maklumat lanjut rujuk link ini: http://noorizamshah.blogspot.com/p/seminar-dropship-artsnow-ebay.html

Anda mungkin berminat

tips percuma

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah