Tuesday, December 27, 2016

Siapa Sebenarnya Vincent Tan?

Siapa Sebenarnya Vincent Tan?


Billionaire Malaysia ni adalah Pengerusi Berjaya Group. Aset dia je ada lebih dari RM4.9 billion. Kau kira lah sendiri berapa pendapatan dia seminit.

Selain ada syarikat di Malaysia, dia juga memiliki perniagaan di Australia dan Singapura. Dianggarkan pekerja dia ada lebih 17,000 orang. Fuh. Aku yang setup bisnes pun staff masih tak sampai 20 orang lagi.

Di Malaysia, selain bisnes surat khabar The Sun, Tan Sri Vincent Tan ni ada banyak bisnes. Starbuck, 7 eleven, Hotel, Syarikat Penerbangan, Kolej, Telekomunikasi, Pusat Membeli Belah dan paling popular adalah bisnes judi berlesen dia.

Syarikat dia pernah merangkul banyak anugerah antaranya anugerah berkaitan menjenamakan bisnes dan menguruskan syarikat dengan sangat berjaya.

Sebab tu agaknya dia pilih nama Berjaya Group. Agaknya la :p

Anak-anak dia? For sure kaya raya dan mewah segalanya. Anak sulung dah ambil alih syarikat Berjaya. Dia pulak dah pun bersara sebagai orang kaya.

Vincent Tan ni siap ada private jet. Kalau kita nak pi luar negara nak kena tempah tiket bagai. Nak kena beratur masuk kapal terbang. Tapi Vincent Tan, nak pi luar negara bila-bila masa pun boleh. Pagi ni nak sarapan kat Bali. Petang nak pi minum tea kat Koh Samui. Malam pulak steady terbang ke Hong Kong untuk dinner.


Korang tak inspire ke? Semua orang bercita-cita nak berjaya kan. Sebagai orang islam, kita follow cara kita. Cerita yang baik ni sudah tentu kita boleh ambil sebagai semangat untuk jadi lebih berjaya.

Kau kena susun perjalanan hidup kau dari sekarang. Bina la kehidupan sekarang sebaik mungkin. Kalau tak sempat dinikmati oleh kita, setidaknya cucu cicit korang dapat teruskan apa yang telah korang lakarkan.

Tak usah cemburu giler dan berfikiran negatif sempit sangat dengan komen kata macam-macam pasal Vincent Tan ni. Kau bising-bising pun, anak cucu dia tetap hidup lebih baik dari korang. Tu belum lagi sembang pasal Tan Sri Mokhtar Al Bukhary lagi.


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search