Sunday, December 25, 2016

Apa Jadi Dengan Jualan Mega Mood Republik 2016?

Apa Jadi Dengan Jualan Mega Mood Republik 2016?



Siapa lagi yang pergi ke jualan MEGA produk di Mood Republik? Kali ni Mood Republik buat karnival jualan serentak di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Saya sempat pergi di PWTC hari terakhir pagi tadi. Tidak seperti event-event lepas, jumlah pengunjung tak la crowd sangat. Mungkin sebab kali ni saya datang waktu pagi.

Jalanraya kat sekitar KL menuju PWTC pun tak jem macam sebelum ni. Boleh jadi, event kali ni jatuh pada hari cuti perayaan krismas. Ramai yang ambil peluang balik kampung. Kan isnin masih cuti lagi. Kena pula waktu cuti sekolah. Ada yang lajak pergi bercuti kat tempat lain.

Semalam saya ke Melaka takpayah cakap. Memang banyak sangat kenderaan. Nak masuk Bandar Hilir pun berminit-minit.

Mood Republik kali ni dengan 500 jenama produk fashion dan kecantikan yang masuk, Untuk mereka yang baru pertama kali masuk sebagai penjual ada yang keluh kesah sebab kos sewa tapak yang tinggi, dan jualan belum tentu balik modal.

Berbanding yang dah biasa dan banyak kali masuk event besar macam ni, for sure dah belajar macam mana strategi yang hit sasaran jualan dan balik modal.

Walaupun Mood Republik jangkakan 10 juta pengunjung yang datang, nampaknya tak seperti yang digambarkan.

Artis-artis yang berjualan pun bukan sentiasa ada kat tapak jualan, jadi ada pengunjung atau follower setia artis dah boleh agak bila waktu sesuai nak datang. Lagi-lagi masa duit RM10,000 di tabur dari 'langit'.

Jenama-jenama fesyen seperti CayraZara, Bella Ammara dan beberapa jenama lain kali ni nampaknya tak ambil booth besar-besaran. Mungkin dah boleh agak selera membeli pengunjung kali ni.

Macam saya tadi, ke sana bukanlah nak membeli baju atau produk kecantikan tetapi saya cari something yang unik dan berbeza. So tadi sempat juga beli frame motivation quote, satu-satunya penjual yang menjual produk lain sikit. :)

Walaupun ada penjual yang update status bagitau jualan sendu dan tak seperti yang diharapkan, sebaliknya rata-rata memuji event ni berjaya bantu usahawan-usahawan bumiputera memasarkan dan memperkenalkan produk mereka kepada umum.

Saya pula bila lagi nak join? Hahaha.

InshaAllah akan datang ;)



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search