Terkini - Pesawat MAS MH17 terhempas di Ukrine

PETALING JAYA: Sebuah pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. 

Pesawat itu terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 280 penumpang dan 15 anak kapal, menurut laporan.

Menurut laporan, ia terhempas di kawasan konflik berhampiran Donetsk dan adalah rumit untuk sampai ke lokasi di mana ia terhempas. 

Sumber MAS berkata kapal terbang itu tidak memasuki ruang udara Rusia.

Tambah sumber, pesawat itu "ditembak jatuh" ketika ia terbang pada ketinggian 30,000 kaki.

Kementerian Dalaman Ukraine berkata 295 orang dikhuatiri terkorban dalam kemalangan itu.

Pesawat itu berkemungkinan terhempas dari udara disebabkan serangan peluru berpandu, kata sumber.

MAS, di Twitter menulis: "MAS telah terputus hubungan dengan MH17 dari Amsterdam. Kedudukan terakhir yang diketahui adalah diruang udara Ukraine."

- Sumber MSTAR Online

Anda mungkin berminat

ukraine

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah