Wednesday, July 9, 2014

Analisa Bola Dan Kehidupan

Analisa Bola Dan Kehidupan


German 7, Brazil 1

Sangat-sangat impress!

Sepertimana analisa Dato' Roslan Ab Hamid di facebook,

ANALISIS BOLA DAN KEHIDUPAN. BRAZIL KALAH 1-7.

5-0 dalam separuh masa pertama. Apakah yang berlaku. Germany membolosi gol Brasil di stadium mereka sendiri dengan mudah. Sekali imbas, kata Tok Nakir dan Pak Jilat pasti kata jual game telah berlaku di Brazil.

Namun, inilah hakikat. Kadang kadang dalam hidup semuanya tak menjadi. Serba tak kena. Kita dibolosi waktu demi waktu. Bertimpa timpa masalah datang. Semuanya mengundang padah.

Sorakan dalam stadium bukan lagi mendorong.
Ianya menjadi bencana yang menakutkan.

Kita lihat sejauh mana Brazil boleh bangkit dalam saat mengundang padah seperti ini? Ianya bahan sorotan yang cukup berguna buat kita semua dalam menjalani hidup sehari hari.

Dan kemudian Dato' Roslan menitip nota sekali lagi di facebook sebagai kata-kata inspirasi,

NOTA SUBOH.
Potensi energi pada anak panah bukanlah semasa ia dilepaskan. Potensi energi terbesar adalah sebelum anak panah itu dilepaskan. Itulah sebabnya motivasi dan inspirasi adalah sebelum memasuki medan.

Apabila dalam medan ianya peringkat taktik. Ianya bukan lagi strategi. Ianya pada tahap dorongan diri, mampukah kita berlari pada saat semuanya tidak menjadi.

Tanya diri. Bisikan pada hati. Bertahanlah wahai hati. Pada saat umpat dan keji berterbangan membenam diri. BERTAHAN lah agar tidak dibolosi lagi.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search