Petua Untuk Menghilangkan Parut Di Muka atau Badan



Pilihan 1: Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. Parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baharu.

Pilihan 2: Ambil biji asam jawa dan goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian, goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Apabila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut.

Pilihan 3: Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk tersebut dengan sedikit air. Bancuhkan bersama bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian parut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.

Pilihan 4: Ambil sedikit asam jawa, ramas dan campurkan dengan sedikit air. Jangan terlalu cair. Seterusnya, sapukan pada bahagian yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

Pilihan 5: Gosokkan parut dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas, setiap hari sehingga parut hilang.

Petua 6: Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 7: Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Petua 8: Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

Sumber: Internet

Anda mungkin berminat

petua kecantikan

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah