Tuesday, July 8, 2014

Kini NoorizamShah.net, Bukan Lagi Subdomain Percuma

Kini NoorizamShah.net, Bukan Lagi Subdomain Percuma

Hampir 2 tahun saya tak dapat guna domain NoorizamShah.net.

2 tahun lepas saya beli domain NoorizamShah.net di Godaddy.com. Masa tu sangat suka beli domain kat situ sebab selalu dapat kod kupon jimat. Tiap kali beli domain mesti dapat harga USD1.

Memang jimat banyaklah kan. Tapi itulah Godaddy punya strategi. Selepas habis tempoh, harga kembali pada asal. Bila kira-kira balik, sebenarnya domain kat Godaddy sedikit mahal berbanding penyedia perkhidmatan domain di Malaysia.

Jika anda beli domain di Internet-Webhosting sebenarnya anda dapat jimat lagi. Dan paling best, anda tak perlu risau pasal isu teknikal jika anda memang tak pandai bab-bab domain dan hosting ni. Serahkan sahaja kepada mereka yang pakar.

Staff mereka bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan masalah anda akan diselesaikan dengan segera walaupun kejadian berlaku jam 2-3 pagi. Serius, support team mereka sangat tip-top.

Harga yang berpatutan dan paling penting, ini adalah hosting provider milik 100% bumiputera Islam. Syarikat ini berada dalam senarai top 3 di Malaysia.

Macam kes saya,

Lepas domain NoorizamShah.net yang asalnya berada di Godaddy tak boleh dipindahkan selama setahun, baru hari ini, domain ini berjaya saya daftar semula.

Sejak itulah blog ini (platform blogspot) hanya guna subdomain dari blogspot. Kalau ikutkan blogspot ni ok je kalau berblog. Platform free. Mesra SEO.

Tapi, saya suka lagi kalau saya dapat pakai domain saya sendiri.

Tahun 2006 saya mula berblog, saya bangunkan blog saya dengan platform wordpress melalui hosting saya sendiri. Dulu guna domain NoorizamShah.com. Sejak hosting yang saya guna ada masalah sampai file pun tak dapat nak backup, terus tak boleh buat apa dah.

Memang sangat-sangat kecewa waktu tu. Bila nak berblog semula, mood nak menulis tak macam dulu. Kejap semangat, kejap mental block. Hahaha.

So hari ini dapat juga redirectkan domain NoorizamShah.net ni ke blogspot. Ingatkan senang nak add domain kat blogspot ni, rupa-rupanya ada juga kerja tambahan saya kena buat.

Saya kena request dengan domain provider saya untuk dapatkan code dari blogspot. Selepas 30 minit - 1 jam setting, baru saya boleh add domain dan redirect blogspot saya ke NoorizamShah.net

Lepas tu kena adjust juga beberapa kod-kod dalam blog ni, terutamanya kod-kod iklan yang dah terlari "setting" akibat perubahan ni.

Apapun, menulis blog jika anda menggemarinya, ia juga boleh dijadikan sebagai tempat terapi stress, melepaskan apa juga yang kusut di kepala (selain sharing perkara-perkara bermanfaat).

Saya suka blog ini sebab blog adalah satu platform yang boleh menyebarkan maklumat ke enjin pencari dengan mudah. Ia adalah satu alat pemasaran percuma yang boleh anda praktis tanpa perlu keluar kos yang banyak.

Menulis secara kerap, anda akan dapat kuasai ruangan enjin carian.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search