Tuesday, January 7, 2014

Perbualan Seorang Yang Nak Kerja Part time Dan Kerja Senang

Perbualan Seorang Yang Nak Kerja Part time Dan Kerja Senang

"Bang, ada kerja part-time tak? Nak cari buat duit lebih sikit la"

"Jom, join saya jadi perunding kewangan"

"Perunding kewangan tu macamana?"

"Mula sebagai ejen takaful, kemudian daftar jadi perunding kewangan"

"Ooooo... jadi ejen takaful. Taknak lah jumpa-jumpa orang ni. Ada kerja lain tak?"

"Hmmm... Gini, apa kata kau join kelas saham? Boleh belajar saham dan main saham."

"Main saham? Mesti kena modal besar kan? Ada tak yang tak payah modal".

"Ginilah, kau jadi ejen emas. Ejen emas tak perlu keluar modal besar. Cari pembeli sahaja".

"Hmmmm.....Maknanya kena jumpa orang jugalah? Ada tak kerja lain?".

"Kau nak yang macam mana?"

"Hmmm.... Yang tak perlu modal besar, yang tak perlu jumpa orang. Pendek kata kerja part-time yang senang, tapi dapat duit banyak".

"....."

Dalam hati: "Hmmmmm..... Tidak hairanlah kalau skim cepat kaya tumbuh bagai cendawan".

By Afyan Mat Rawi

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search