Jom Semarakkan Enjin Pencari Dengan Info Bermanfaat Dari Blog

Sejak ada facebook, dah kurang saya update post di blog. Sejak beberapa hari ini, saya ada update beberapa post di www.noorizamshah.blogspot.com.

(Saya guna platform blogger.com atas alasan dulu hosting yang menampung blog saya berhadapan masalah hampir setahun).

Alhamdulillah,

Atas usaha yang konsisten dulu, keyword Noorizam Shah sangat disayangi Google. Saya suka blog kerana kita boleh bermain kata kunci untuk menarik perhatian enjin pencari.

Ingat lagi zaman era Google Adsense di mana ramai yang membina blog untuk dapatkan cek Adsense mereka sehingga ada seorang blogger mampu mencapai pendapatan Adsense mencecah 5 angka sebulan.

Selain fungsi menjana pendapatan di Adsense, fungsi blog juga boleh bertindak menjadi salah satu alat pemasaran untuk produk-produk referral network seperti Nuffnang. Blog kita dibayar apabila kita memasang dan memaparkan iklan-iklan berkaitan oleh pengiklan yang mengiklankan produk mereka.

Dan blog NoorizamShah.blogspot.com walaupun tak aktif update post, tetapi mampu menarik traffik ke "tempat" yang memberi saya pendapatan antaranya direct link ke laman web produk saya dan link affiliate yang saya promosikan.

Di dalam artikel sebelum ini saya menulis bagusnya menyertai affiliate dan kini anda perlu tahu bagusnya memiliki blog untuk mempromosi affiliate. Anda perlu memiliki blog anda sendiri. Simple. Tanpa kos yang besar untuk membangunkan blog... anda boleh membinanya secara percuma dalam masa 5-10 minit di blogger.com

Wujudkan blog pertama anda, jangan fikir sangat nak tulis apa. Dah ada blog anda, nanti anda tahu nak tulis apa. :)

Jom semarakkan search enjin dengan blog-blog yang bermanfaat!

- NS

Anda mungkin berminat

post

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah