Kalau Takut, Jangan Berani-berani Lagi...

Kita perlu lebih berani untuk membuktikan. Berani adalah sifat yang harus dibentuk dengan baik.

Bukan sekadar berani bercakap.
Bukan sekadar berani bermimpi.
Bukan sekadar berani menuding jari.
Bukan sekadar berani-berani.

Sifat berani akan membantu kita untuk memecah tembok penghalang. 80% penghalang wujud dalam diri sendiri, bukan pada orang lain. Hanya 20% penghalang dari faktor luar.

-----------

Tuliskan masalah atau halangan di atas kertas putih kosong, cakap pada mereka dengan serius,

"Aku tengok korang ni semua kecik je, jangan nak macam-macam, korang tak boleh kalahkan aku, korang tak boleh kawal aku".

Pastikan tidak ada orang di sekeliling, kemudian buang saja kertas tadi atau terus bakar!

Pesan pada jiwa yang berani,

Kalau berani, jangan takut-takut lagi.

Kalau takut, jangan berani-berani lagi.

- Ikram  Al-Banjari
Usahawan Tegar

Anda mungkin berminat

usahawan

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah