Sunday, June 17, 2012

Mini Seminar Online & Offline Marketing

Mini Seminar Online & Offline Marketing




Terima kasih kepada semua peserta yang hadir semalam. Sepanjang minggu ni memang padat dengan aktiviti training dan seminar. Malam tadi, saya berpeluang berkongsi tips dan panduan bagaimana untuk menjalankan pemasaran di Facebook.


Untuk sesi seterusnya kami merancang untuk menjalankan mini seminar atau seminar penuh (sehari) yang bakal menyentuh topik berkaitan pemasaran di internet. Bagaimana untuk mendapatkan prospek, bakal pembeli dan menghasilkan jualan.


Dari respon awal, ramai yang teruja nak belajar bagaimana saya dan rakan bisnes saya menghasilkan pendapatan 6 angka setahun dengan bantuan tools dan pemasaran di internet.


Sesi berikut kami akan dedahkan banyak kaedah cara untuk melakukan pemasaran termasuklah pemasaran di Facebook, blog, laman web, minisite, forum, laman web berbayar dan percuma.


Untuk anda yang nak dapatkan detail sesi ini, saya akan maklumkan di laman web yang akan diberikan nanti. Kalau tak nak ketinggalan untuk dapatkan info terkini mengenai sesi ini, pastikan anda tinggalkan no hp anda dengan hantar sms ke 012-9127100 dengan tajuk "Berminat sertai mini seminar di MDC"


Jumpa lagi,


Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search