Wednesday, June 27, 2012

Hendak Tetapi Tidak Tahu

Hendak Tetapi Tidak Tahu

Pelik. Ramai orang bercita-cita untuk berjaya, namun enggan melakukan apa yang orang berjaya lakukan. Jika ditanya, apakah impian hidup yang mereka inginkan, dengan tangkas mereka menyenaraikan model kereta dan jenama pakaian yang mahal-mahal.

Wajah mereka kelihatan begitu yakin dan bermaruah. Walhal, mereka tidak berada pada trek yang betul bagi mencapai apa yang diangan-angankan.

Lebih teruk, ada yang bercita-cita besar, tetapi tidak pernah beriman dengan cita-citanya sendiri. Tidak yakin dengan apa yang dia inginkan. Cita-citanya hanyalah berfungsi mengisi borang biodata pelajar ataupun sebagai jawapan sekiranya ditanya oleh cikgu.

Nanti dahulu. Ada lagi yang lebih teruk. Mereka yang apabila ditanya; Apakah impian anda? Mereka menjawab:

"Saya ingin menjadi manusia yang berjaya." Ataupun;
"Saya ingin mencapai cita-cita saya!" Katanya dengan penuh semangat.

Tetapi, apabila ditanya apa itu 'manusia berjaya? Apa itu 'mencapai cita-cita', mereka tergagap-gagap, macam pendatang tanpa izin terserempak dengan pegawai imigresen. Barulah kita tahu bahawa kata-kata 'manusia berjaya' dan 'cita-cita' itu hanyalah retorik bagi menyedapkan hati sahaja... Mereka sebenarnya tidak pernah mempunyai matlamat hidup. - Petikan buku bertajuk "Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah".

---------------------------------------------------------------------

Apa matlamat hidup anda? Bekerja makan gaji sehingga anda pencen? Menghabiskan masa 8 jam di pejabat, 2 jam berhadapan dengan traffik jem, menghabiskan masa 2 jam bersama keluarga dan kemudian masuk tidur untuk mulakan hari kerja seterusnya?

Apakah lambang kehidupan anda? Anda mungkin suka kepada comfort zone sekarang. Sebab itu ramai antara kita tak sanggup menghadapi cabaran luar dari comfort zone. Mereka berkata, dengan kerja makan gaji, mereka dapat menyelamatkan diri mereka dari risiko hidup jika bekerja sendiri.

Tetapi mereka tidak sedar yang mereka sedang dijerut, diikat untuk bertahun-tahun lagi, mengkayakan orang lain dan orang yang kaya itu hidup lebih selesa hasil usaha anda berkorban masa dan tenaga demi sesuap nasi.

1. Ibu/ bapa
2. Isteri/suami
3. Anak-anak
4. Adik-beradik
5. Saudara mara
6. Kawan baik..
7. Kerjaya

Ini adalah keutamaan kita. Sudahkah kita provide yg terbaik utk mereka? Atau kita harapkan sekadar ala kadar? Kenapa org lain boleh berikan yg terbaik? Mari kita sama-sama jadi insan yg hebat dan bukan sekadar hidup utk diri sendiri.

Apakah matlamat hidup anda?

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search