Tuesday, December 26, 2017

Mengapa Co Founder Bitcoin.com Jual Semua Bitcoin Miliknya

Mengapa Co Founder Bitcoin.com Jual Semua Bitcoin Miliknya


Apa dah jadi dengan value Bitcoin? Mengapa co-founder Bitcoin.com, Emil Oldenburg jual semua bitcoin milik dia? Betul ke habis semua? Licin?

Ramai blogger dan berita laman web menulis mengenai berita ini.

Emil mendakwa Bitcoin sekarang merepek bila caj untuk setiap transaksi semakin mahal dan mengambil masa yang agak lama. Kos pindahan boleh dikatakan lebih mahal dari caj yang dikenakan oleh pihak bank.

Jadi, dia jual semua bitcoin miliknya dan beralih dengan menggunakan Bitcoin Cash.

Tahukah korang, Emil adalah pengasas bersama laman web Bitcoin.com. Dia bukanlah pengasas Bitcoin. Jadi jangan terkeliru kat situ.

Dan kalau korang tengok, laman web Bitcoin.com banya menulis artikel dan berkongsi info mengenai Bitcoin.

Apabila Emil menjual Bitcoinnya, sudah pasti content yang ada di Bitcoin juga berubah. Emil akan meminta teamnya fokus kepada Bitcoin Cash. Jadi artikel yang ada secara perlahan-lahan akan dipenuhi dengan info mengenai Bitcoin Cash.

Jadi jangan mudah percaya dengan apa yang disebarkan sesetengah laman web yang sebenarnya tidak  memahami langsung apa itu Bitcoin.com dan Bitcoin.

Bitcoin akan terus disokong oleh komunitinya sendiri. Peminat cryptocurrency ini akan terus berdagang asset digital ni. Selagi ada penawaran dan permintaan di kalangan komuniti, selagi tu Bitcoin kekal relevan di kalangan pemain industri.


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search