Wednesday, December 13, 2017

Anda Perlu Ada Lesen Iklan Ubat Jika Promote Di Media Social

Anda Perlu Ada Lesen Iklan Ubat Jika Promote Di Media Social



Anda mungkin baru tahu hal ini kan? Tahu tak, jika korang promote produk-produk kesihatan yang korang claim macam-macam tu, ada sesetengah produk perlu ada lesen iklan ubat (KKLIU).

Menurut Bahagian Farmasi, ada 20 jenis penyakit kritikal yang korang tak boleh nak buat tuntutan kesihatan.

Apa dia? Antaranya ialah:

- Sakit Mental
- Kemandulan
- Frigiditi
- Lemah fungsi seks / impotent
- Penyakit Venerus
- Kelemahan urat saraf berkaitan perhubungan seks
- Darah tinggi
- Kanser
- Kusta
- Batuk Kering
- Lumpuh
- Sawan
- Kencing Manis, Diabetes
- penyakit / kerosakan jantung
- penyakit / kerosakan buah pinggang
- asma / lelah
- pekak
- ketagihan dadah

So, kalau korang ada buat produk makanan tambahan ke, ubat tradisional ke, ubat herba ke, minuman kesihatan, apa-apalah produk.. pastikan korang tak claim bukan-bukan dan sebut salah satu daripada 20 jenis penyakit ni.

Kalau bahagian farmasi dapat tahu korang iklan dan buat statement ni, korang boleh didakwa dan dikenakan denda tidak lebih dari RM3,000 atau penjara.

Kalau menjual tu, pastikan korang study dulu produk yang korang nak jual. Tengok juga HQ cakap apa. Kalau HQ pun main langgar je., korang fikir-fikirkan lah.

Yang kena mungkin korang. Sebab korang main copy paste je apa yang HQ bagi. Atau kalau jumpa maklumat kebaikan dalam internet, jangan mudah sangat nak copy paste.

Hati-hati. Elok korang bukan income sebulan RM3000. Sekali kena denda, terbang RM3000.

Kalau korang ni jenis banyak duit macam Dato Seri Vida, haa.. boleh la buat berani-berani. Kalau tak, jangan buat pasal.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search