Tuesday, December 12, 2017

Apa Yang Patut Kau Buat Sebelum Mulakan Bisnes

Apa Yang Patut Kau Buat Sebelum Mulakan Bisnes

Alert message : This alert needs your attention.



Hai,

Kau tau tak, mereka yang ada ilmu perniagaan (yang ada pengetahuan dan mengaji bisnes) selalunya ada kelebihan berbanding orang lain kerana diri mereka dah buat persiapan awal-awal sebelum diaorang terjun dalam bidang bisnes yang diaorang buat.

Tapi janganlah korang risau kalau korang takda expertise macam diaorang. Takda ilmu bisnes bukan bermaksud korang langsung tak boleh mulakan bisnes pertama korang. Tak payah la nak rasa rendah diri atau anggap macam korang tak ada peluang dalam bisnes ni.


Aku percaya dengan konsep persediaan awal. Korang boleh plan dari sekarang. Cari ilmu pengetahuan. Mula kutip pengalaman dan paling penting, mental kena kuat.  Jangan cepat goyang bila ada ujian sikit. Biasalah berniaga, mana ada hari-hari indah. Kau ni punn..

Aku dah jumpa ramai orang yang takda belajar secara formal pasal bisnes. Diaorang tak ada belajar kat universiti macam mana nak jadi usahawan hebat. Jadi, korang jangan risau. Hari ni banyak je kelas, seminar, workshop, coaching, mentoring program yang berkaitan dengan bisnes.

Kau nak berniaga apa? Banyak je peluang hari ni. Korang boleh cari guru kat luar sana.

Satu je aku nak pesan,

Dalam bab mendalami ilmu ni, kau janganlah belajar sekerat jalan.

Bisnes ni, kau sentiasa perlu belajar dan belajar. Dan proses tu boleh jadi ambil masa yang panjang. Malah proses tu lagi panjang berbanding dengan apa yang kau belajar masa sekolah dulu.

Bila kau ada ilmu, kau tak akan runsing dengan persaingan dalam model bisnes kau.

Jangan expect hari ni apa yang kau buat, tidak akan ditiru orang. Tetapi kau harus jadi orang yang sentiasa bersedia. Bersedia untuk inovasi dan ubah serta buat yang terbaik.

Tak payah nak dendam sangat dengan pesaing atau orang yang meniru model bisnes kau. Jika ada part-part yang kau dah trademark. Dah jadikan hakmilik, haaa yang ni senang kau nak ambik tindakan.

Saman lah kalau kau ada cukup duit. Kalau tak? Terus dan fikirkan jalan untuk kau teruskan atau pun keluar.

P.s: Jangan lupa follow facebook dan instagram aku.


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search