Saturday, November 28, 2015

Petua Untuk Meredakan Masalah Bentan Untuk Wanita Dalam Pantang Bersalin

Petua Untuk Meredakan Masalah Bentan Untuk Wanita Dalam Pantang Bersalin

Dalam satu minggu ni, isteri saya mengadu rasa nak pitam, badan sengal-sengal, rasa sejuk dan nak demam.

Macam-macam kaedah cuba dibuat. Letak minyak angin, letak param kat dahi dan belakang badan. Last-last cari punya cari kat internet, jumpa salah satu cara untuk mengurangkan masalah bentan (setakat ni saya tak boleh lagi guna perkataan merawat).

Cara yang pertama

Minum air sarsi. Air sarsi tu kalau boleh jangan jenis yang berkarbonat ataupun sejuk (dicampur ais atau disimpan sejuk).

Terbaek buat air sarsi kordial tu. Try la buat dalam air suam atau panas. InshaAllah, petua ni boleh membantu isteri anda.



Satu lagi cara ialah mengguna akar belimbing tunjuk. Ni petua orang-orang tua. Katanya, ambil masa tengahari jumaat, selawat atas nabi sepanjang mengambil akar belimbing tunjuk itu dan niatkan semasa mengambil untuk menawar masalah bentan.

Rendam akar belimbing tunjuk dalam air suam dan sapu di dahi, kepala kemudian di perut. Sedekahkan alfatihah kepada Rasullulah dan niatkan penyakit bentan ini keluar dari badan dengan izin Allah.

Wallahualam.


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search