Seller eBay di Indonesia



Sejak tahun 2010, ramai rakyat Indonesia yang mula serius berbisnes di eBay.

Penggunaan internet dan bisnes online semakin berkembang terutama di kawasan-kawasan bandar seperti Jakarta dan jika dilihat platform seperti instagram, facebook, blog banyak dimanfaat oleh mereka.

Cabaran ekonomi negara Indonesia, memberi mereka peluang untuk mendalami ilmu bisnes di internet dengan lebih serius.

Saya sendiri mempunyai beberapa orang peserta seminar eBay yang turut dihadiri rakan dari Indonesia. Buat income USD1,000 sebulan di eBay sudah cukup lumayan bagi mereka. Apatah lagi ada yang berjaya hasilkan pendapatan sehingga USD3,000 sebulan secara konsisten.

Biar pun eBay menyediakan platform khusus untuk eBay Indonesia, namun ramai seller memilih untuk menjual di pasaran eBay US, UK dan Australia.

Tiga pasaran ini memang popular di kalangan seller seluruh dunia. Dengan kekuatan matawang dari 3 negara ini, penjual dari Malaysia dan Indonesia dapat menikmati lebih keuntungan hasil dari perbezaan nilai tukaran matawang.

Jika dulu ramai seller yang menjual dengan lokasi produk dari negara masing-masing, kini dengan menjual produk secara dropship, ia membantu penjual meminimakan modal untuk membeli stok.

Ada yang memilih platform seperti DHgate, Aliexpress, Chinavasion sebagai medium dropship mereka, dan ada juga yang memilih platform print on demand sebagai satu kaedah mencipta produk untuk dijual seterusnya menghasilkan pendapatan.

Adat berniaga, ada masa untung, ada masa rugi.

Semua penjual sentiasa berdepan dengan cabaran bisnes. Samada produk yang dijual tidak mendapat permintaan, rosak, pembeli beri negatif feedback, malah ramai juga seller yang berdepan dengan akaun di suspend akibat melanggar polisi.


Apa pun cabaran yang mendatang, eBay masih lagi dikenali sebagai platform yang membantu penjual menghasilkan pendapatan yang lumayan secara konsisten setiap bulan.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://www.facebook.com/noorizamshah

Anda mungkin berminat

usahawan

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah